Dua kawasan gerai baru di Majlis Daerah Machang

LAWATAN kerja oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman, ke Majlis Daerah Machang pada 28 Mei lalu khusus untuk melihat sendiri keadaan pasar dan projek pembinaan gerai di sekitar Machang.

Setelah meletakkan batu asas bagi pembinaan pasar baru Pe-kan Labok, beliau telah melawat ke tapak cadangan membina gerai makanan di Gelong Gajah yang terletak di Lebuhraya Machang-Tanah Merah.

Sebanyak 14 unit gerai men-jual makanan akan dibina bagi mengatasi masalah gerai-gerai dan penjaja tanpa izin yang tidak sempurna di tepi lebuhraya ini yang menjadi tempat persing-gahan atau rehat pengguna lebuhraya. Keadaan sedemikian juga menjejas keselamatan di kawasan berkenaan kerana membabitkan lebuhraya.

Gerai yang dibina oleh Majlis Daerah Machang itu akan disewa. Sebuah lagi kawasan gerai dan rumah kedai di lebuhraya tersebut akan juga dibina di depan Institut Teknologi Mara, Kampung Belukar, Machang.

Projek ini berupa pembinaan lapan unit rumah kedai dan lapan unit gerai makanan diang-garkan berharga RM 400,000 tidak termasuk pampasan RM50,000 bagi pengambilan tanah.

Tujuan utama projek ini antara lain adalah untuk menampung keperluan pelajar-pelajar ITM berhampiran yang dijangka mencapai jumlah 10,000 orang pelajar pada tahun 2000. Di samping itu kawasan sekitar kampus ITM itu dapat diperindahkan.

Ustaz Abdul Halim juga telah melawat Pasar Besar Machang.  Operasi membersih pasar ini telah dijalankan secara gotong royong sebelum ini.

Sehubungan dengan ini, dalam ucapannya ketika merasmikan perletakan batu asas pasar baru pekan Labok, beliau melahirkan rasa gembira kerana pengurusan Majlis Daerah telah mengambil lang-kah pro-aktif untuk menyahut cabaran kerajaan supaya Majlis Daerah merancangkan projek pembangunan yang memberi-kan impak dan pulangan yang maksima serta kos yang minima untuk kepentingan rakyat.

Katanya, projek pemba-ngunan yang dirancangkan ber-dasarkan konsep di atas sudah tentunya akan meningkatkan hasil pendapatan Majlis serta memenuhi kehendak rakyat sebagai pembayar cukai.