Penswastaan air: Tunggu kajian jawatankuasa siap

RUNDINGAN antara Kerajaan Kelantan dengan pemegang konsesi penswastaan air, Ke-lantan Water Sdn. Bhd. (KW-SB) tidak perlu diadakan seka-rang kerana jawatankuasa yang dilantik kerajaan negeri masih mengkaji perkara perundangan dan teknikal yang terdapat dalam masalah  yang timbul.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemudahan Awam dan Kesihatan Negeri, YB Haji Hassan Abdullah, berkata syari-kat perunding yang dilantik oleh Kerajaan Negeri masih mengkaji masalah perundangan dalam penswastaan air kepada KWSB.

Beliau menyangkal dakwa-an Pengerusi Eksekutif KWSB yang mengatakan Kerajaan Ne-geri menutup pintu rundingan.

Sambil mempersoalkan keikhlasan KWSB beliau berkata, pihak syarikat induk KWSB, Thames Water dari England dan Datuk Bakri Mohamad sudah beberapa kali bertemu dan berunding dengan Menteri Besar Kelantan dan beliau sendiri tentang masalah penswastaan air yang dihadapi.

Pertikaian antara Kerajaan Negeri dengan KWSB timbul apabila KWSB mendakwa Ke-rajaan Negeri perlu membayar RM1.4 juta sebulan  untuk bekalan air yang tidak dapat dikutip bayarannya daripada pengguna.

Menurut Haji Hassan KWSB mendakwa terpaksa menanggung kos RM2.8 juta untuk bekalan air setiap bulan tetapi hanya dapat membuat kutipan RM1.4 juta.

Katanya, RM1.4 juta yang tidak dapat dipungut daripada pengguna dibebankan pula kepada Kerajaan Negeri.

Beliau menegaskan bahawa tuntutan KWSB itu belum ditentukan kesahihannya.
Beliau juga berkata, sebe-lum tuntutan kepada Kerajaan Negeri itu dibuat pihak KWSB sepatutnya menunaikan syarat-syarat dalam perjanjian konsesi penswataan air kepadanya.

Kerajaan boleh menarik balik konsesi bekalan air sekira-nya KWSB tidak melaksanakan tanggungjawabnya.