Usaha mengimarahkan masjid antara keutamaan dalam pembangunan Desa Taqwa

PENGERUSI Jawatankuasa Pembangunan Masyarakat, Hal Ehwal Wanita dan Hubungan Antara Kaum Haji Hassan Muhamad berkata masyarakat setempat patut membantu men-jayakan program Desa Taqwa bagi memastikan matlamat me-wujudkan masyarakat beriman dan bertaqwa tercapai.

“Apapun program dan perancangan dirancang dan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan tidak akan ke mana jika penduduk setempat di kawasan-kawasan yang dilaksa-nakan program tidak membantu dalam bentuk kerjasama dan sekurang-kurangnya memberi sokongan moral,” ujarnya selepas mendengar taklimat mengenai program Desa Taqwa Jajahan Tanah Merah baru-baru ini di Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah baru-baru ini.

Beliau terkilan kerana ada di kalangan imam-imam masjid yang gagal mengimarahkan masjid, malah ada masjid yang bukan sahaja kekurangan makmum tetapi ketiadaan imam pada setiap sembahyang waktu di mukim yang termasuk dalam program Desa Taqwa.

Sehubungan dengan itu beliau mahukan pegawai-pega-wai peringkat jajahan, daerah dan mukim seperti ketua jajah-an, penggawa, penghulu dan badan-badan lain mengambil langkah-langkah positif bagi memastikan masjid sentiasa berfungsi kerana jika masjid sesebuah mukim mati, bererti jiwa anak mukimnya mati dan apabila jiwa mati akan berlaku-lah hal-hal yang tidak diingini.

Katanya, segala perlakuan yang tidak baik dan berten-tangan dengan hukum agama dan adat hanya seperti pena-gihan dadah dan sebagainya akan dilakukan oleh mereka yang mati jiwa raganya.