Menaikkan taraf pasar jadi keutamaan Majlis Daerah

PROGRAM menaikkan taraf pasar atau membina pasar baru adalah agenda utama program pembangunan Majlis-Majlis Daerah Kelantan tahun ini.

Bagi tahun ini peruntukan untuk penyediaan tapak Pasar Baru Kedai Buluh dan pembinaan pasar bagu Pekan Labok telahpun diluluskan, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman ketika berucap di majlis meletakkan batu asas pembinaan pasar baru Pekan Labok, Machang.

Majlis tersebut diadakan sempena lawatan kerja beliau ke Machang pada 28 Mei lalu.
Beliau berkata, pemilihan pasar untuk dinaikkan taraf ada-lah berdasarkan kepada peoten-sinya yang tinggi untuk menjadi pemangkin aktiviti ekonomi setempat kerana pasar adalah merupakan salah satu petunjuk pembangunan setempat.

Untuk tujuan itu Kerajaan Kelantan memperuntukkan sebanyak RM300,000 setiap tahun khusus untuk pembangunan pasar dan gerai dalam kawasan Majlis Daerah.

Di samping itu, jelas beliau, Kerajaan Negeri ada peruntuk-an sebanyak RM2 juta bagi tahun ini sebagai peruntukan bantuan untuk projek-projek Penguasa Tempatan yang boleh digunakan.
Bagaimanapun, beliau mengingatkan pengurus-peng-urus Majlis Daerah bahawa Kerajaan Kelantan sejak tahun 1995 sudah memulakan peran-cangan yang bertujuan menjadi-kan Majlis-Majlis Daerah berdikari dari segi kewangan.

Antara perancangan itu ialah menswastakan projek-projek pembangunan dalam Majlis Daerah terutamanya di kawasan tanah kepunyaan Majlis Daerah.

Dengan cara itu, katanya, Majlis Daerah tidak terlibat untuk menyediakan kos yang banyak dalam pembangunan.  Sebaliknya, Majlis Daerah akan memperolehi hasil daripada projek tersebut apabila siap.

Perancangan ini terkandung dalam strategi yang dicadang-kan oleh Kerajaan Negeri supaya setiap majlis daerah menjadi majlis daerah yang berdikari dari segi kewangan pada tahun 2000.

Menurutnya, strategi ini telah disarankan oleh YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar Kelantan sempena perasmian bangunan baru Plaza Serakai Emas di Pasir Mas baru-baru ini.

Beliau memberitahun, Pasar Baru Kedai Buluh diperuntuk-kan sebanyak RM 388,000 dan pasar Pekan Labok pula sebanyak RM80,000.