19 Pelajar Agama Luar Kelantan Gunakan Kurikulum YIK
SEBANYAK 19 buah sekolah agama di beberapa negeri seperti Sekolah Menengah Arab Hasanul Bolkiah, Brunei dan Majlis Agama Islam Singapura menggunakan kurikulum dan peperiksaan Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Ia digunakan juga oleh Sekolah Menengah Ugama Islam Toh Puan Hajjah Rahmah, Sabah; Institut Dakwah Darul Falah, Pasentren Abdul Taib Mahmud dan Madrasah Islamiah Kuching, Sarawak. Lima sekolah di Johor iaitu Madrasah Al Attas Al Arabiah, Maahad Johor, Maahad Pontian, Maahad An Nur Tampoi, dan Madrasah Tarbiah Diniah.

Madrasah Darul Falah dan Madrasah Nuriah Diniah di Melaka; Maahad Ahmadi di Negeri Sembilan; Madrasah Al Amin, Selangor; Madrasah Ridzuaniah, Pahang; Maahad Ikhwan, Terengganu dan Sekolah Menengah Arab Diniah dan Maahad  Ridwaniah di Perak. Sekolah berkenaan menggunakan kurikulum dan peperiksaanYIK, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembanngunan Islam, Pendidikan, Dakwah dan Penerangan, YB Ustaz Mohamed Daud.

Menjawab soalan tambahan YB Haji Hanafi Daud (PAS - Chetok), beliau berkata, suasana maksiat di Kelantan yang kurang, kesungguhan guru dan kecemerlangan pelajar menjadi daya tarikan utama kepada pelajar luar untuk belajar di sekolah-sekolah agama di negeri ini.

"Mengenai pengiktirafan sekolah-sekolah YIK, setakat ini Kolej Sultan Zainal Abidin, Terengganu dan al-Azhar sudah mengiktirafnya," katanya menjawab soalan asal Haji Hanafi.

Menjawab soalan YB Ustaz Yahya Othman (PAS - Banggol Judah) beliau berkata YIK akan melengkapkan lagi kemudahan yang sedia ada di Maahad Dakwah Wal Imamah untuk menambahkan lagi bilangan pelajarnya pada masa akan datang. Antara yang sedang dirancang ialah kemudahan bilik kuliah, keterampilan kegiatan dan asrama serta tambahan pensyarah dan pengawainya.