Mesir Dan Jordan Setuju Terima Aliran Sains YIK
PENGERUSI Jawatankuasa Pembanngunan Islam, Pendidikan, Dakwah dan Penerangan, YB Ustaz Mohamed Daud memberitahu Dewan Undangan Negeri Kelantan bahawa Ketua Pusat Pentadbiran Pelajar-Pelajar Asing di Mesir bersetuju menerima pelajar aliran sains Maahad Muhamadi Lelaki dan Perempuan dalam bidang perubatan manakala University of Jordan dan Jordan University of Science and Techonology bersedia menerima mereka dalam bidang perubatan dan kejuruteraan. Beliau menjawab soalan YB Ustaz Yahya Othman (PAS - Banggol Judah).