Kelantan Didedahkan Melalui Le Tour '97
KELANTAN Le Tour 1997 mencatat satu kejayaan memberangsangkan biarpun pertama kali PKINK menganjurkannya. Ekspedisi sepanjang 700km itu mendapat sambutan hangat apabila disertai 90 kenderaan pacuan empat roda dengan 280 orang peserta bagi menjelajah berbagai-bagai jenis kawasan yang mempunyai keistimewaan tersendiri di negeri Kelantan.
 
Ketika turun naik bukit, mengharung anak-anak sungai dan melalui kampung-kampung peserta-peserta dari dalam dan luar Kelantan itu didedahkan kepada kemesraan penduduk, alam damai dan kepelbagaian suasana yang tradisional dan moden, yang sibuk dan sepi di negeri ini.

Pengembaraan lebih 700 km memperlihat-kan keupayaan dan martabat Kelantan sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia. Ketika gerimis pagi 18 Oktober lalu, perkarangan Stadium Sultan Mohamed Ke IV, Menteri Besar, YAB Tuan Guru Dato’ Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat mengibarkan bendera pelepasan yang menyuntik semangat setiap peserta menjelajah ke hampir seluruh Kelantan.

Kehadiran konvoi Kelantan Le Tour dengan kenderaan pacuan empat roda yang bermacam jenis termasuk jeep, pajero, prado, hilux, land rover, vitara dan suzuki itu dikawal tiga peronda polis menarik perhatian penduduk yang tinggal di sepanjang laluan jelajah itu.

Danau Tok Uban di Pasir Mas ialah setesen persinggahan perta-ma. Ketibaan peserta di Masjid Brunei Darulsalam, di situ disam-but oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Pasir Mas, Haji Nordin Abdul Manaf.

Peserta bertolak ke Rantau Panjang dan diberi soalan untuk mencari harta karun. Peserta tiba di bandar Rantau Panjang kira-kira jam 11.30 pagi dengan diberi masa satu setengah jam untuk jamu selera dan membeli-belah. Kemu-dian peserta bertolak ke Empangan Pergau dan mendapat taklimat daripada Tenaga Nasional Bhd.

Di Padang Istiadat Jeli, peserta disambut oleh anggota Exco, Ustaz Abdullah Yaakub dan Yang Dipertua Majlis Daerah Jeli, Zawawi Muhamad, dalam hujan lebat. Selepas menunaikan solat zohor dan asar jamak qasar, konvoi bertolak ke Perdana Stong Hill Resort dan bermalam di situ.

Pada pagi, Konvoi Kelantan Le Tour bertolak ke Gua Musang melalui jalan balak yang berdebu dan berselut sejauh 80 km diterus-kan 85 km lagi ke Gua Ikan, Dabong di mana peserta dengan penuh debaran menuruni anak bukit dan mengharungi anak sungai di dalam gua. Selepas selesai solat, perja-lanan ke Pasir Puteh bermula dalam hujan lalu singgah dan disambut di Kuala Krai dan Machang.

Hari ketiga peserta dibawa ke Tok Bali, Pusat Pengajian Pondok di Kandis, Bachok dan bertolak ke Kota Bharu untuk berhimpun di depan Balai Besar dan menyaksi-kan persembahan kebudayaan di Gelanggang Seni. Kira-kira jam 6 petang peserta sampai ke setesen terakhir di Perdana Resort PCB.