Kelantan Dan Johor Usahasama Bina Hospital Pakar Di Kota Bharu
PERBADANAN Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dengan kerjasama Kumpulan Perubatan Johor Sdn Bhd. memulakan kerja membina Hospital Pakar Perdana di Kota Bharu dengan upacara pecah tanah dilakukan oleh YAB Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, pada 9 Oktober lalu.

Dalam ucapannya di majlis tersebut, YAB Tuan Guru ber-harap hospital berkenaan bukan sahaja berperanan menyelesai-kan masalah kesihatan di kalangan masyarakat, sebalik-nya berusaha merealisasikan syariat Islam melalui bidang itu.

Katanya, hospital pakar swasta mempunyai kemudahan dan keupayaan yang lebih untuk melaksanakan tuntutan syariat Islam berbanding hospital awam kerajaan.

"Saya juga berharap supaya doktor dan pesakitnya adalah daripada jantina yang sama bagi menyelesaikan masalah aurat.

"Tidak mustahil dalam keadaan dan suasana kebangkitan Islam sekarang, kemungkinan ada pesakit sang-gup membayar harga atau kos perubatan yang lebih mahal asalkan mereka mendapat khid-mat yang syarie. Saya berharap Hospital Pakar Perdana yang terletak di negeri Serambi Mekah ini boleh menjadi contoh dan model kepada semua pihak," ujarnya.

Hadir sama ialah ahli-ahli Exco Kelantan; Ketua Eksekutif PKINK, Wan Zulkifli  Wan Yusof; Pengerusi Eksekutif Kumpulan Perubatan Johor Sdn Bhd, Datuk Mohd Hashim Ali dan Ketua Eksekutif, Siti Saadiah Sheikh Bakir.