Kontrak penghulu dikekalkan hingga 30 September

KERAJAAN negeri belum bercadang untuk memecat penghulu-penghulu yang dilan-tik di negeri ini ekoran putusnya kerjasama antara PAS dan Parti Melayu Semangat 46 sekarang.

Pelantikan penghulu dibuat secara kontrak yang disambung dari setahun ke setahun. Bagi pelantikan tahun ini ia berakhir 30 September 1996.

Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Penghulu-Penghulu Kampung Kelantan, YB Haji Omar Mohamed, berkata, per-lantikan penghulu dibuat bagi tempoh setahun dan mereka hendaklah meneruskan tugas seperti biasa bagi membantu kerajaan membangunkan negeri.

Katanya, setiap penghulu yang dilantik  adalah menjadi ‘mata telinga’ kerajaan bagi melincinkan jentera pentadbir-an negeri di peringkat bawah.

Menurutnya, kerjasama penghulu yang dilantik akan dapat menyelesaikan masalah rakyat di peringkat kampung terutamanya mengenai projek pembangunan untuk rakyat.

Beliau berkata, penghulu lebih dekat dengan rakyat di kawasan mereka untuk me-nyampaikan segala permas-alahan kepada kerajaan bagi diambil tindakan.

“Oleh itu saya meminta mereka dapat menjalankan tu-gas yang diamanahkan dengan baik dan berkesan,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini beliau telah mengadakan pertemuan dengan penghulu  seluruh negeri bagi menje-laskan peranan sebenar golong-an itu bagi membantu kerajaan.

Beliau yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, sehingga kini tidak timbul masalah untuk memecat penghulu biar pun krisis di antara dua parti berlaku di Kelantan.

Omar percaya penghulu yang dilantik mampu menja-lankan tugas dengan baik dan tidak pengaruh dengan senti-men politik sekarang.

“Ini kerana mereka yang dipilih adalah daripada anggota masyarakat yang boleh mentad-bir dan menjalankan tugas dengan baik,” tambahnya.