MPKB akan kutip hasil lesen RM4 juta

Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) menjangkakan kutipan hasil lesen sepanjang tahun ini akan meningkat kepada RM4 juta berikutan orang ramai menyedari tanggungjawab mereka sebagai penyewa di bawah majlis penguasa tempatan.

Pegawai Perhubungan Awamnya, Encik Azman Mohd Daham, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu berkata ini kerana sebanyak RM2.2 juta berjaya dipungut bermula Januari hingga Julai tahun ini, berbanding RM1.9 juta sepanjang tahun lalu.

Perkembangan ini, menurut beliau berikutan kesedaran penyewa atau mereka yang terlibat dengan penguasa tempatan, termasuk keberke-sanan kempen yang dikenda-likan oleh MPKB sendiri.
“Selain itu juga, ianya mem-buktikan faktor ekonomi para peniaga meningkat berbanding sebelum ini sehingga mereka boleh membayar cukai atau seumpamanya tanpa sebarang masalah lagi,” ujarnya.
Serentak itu, beliau menasi-hati para peniaga serta mereka yang terlibat agar meneruskan sikap berkenaan demi kebaikan bersama.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati bakal peniaga atau mereka yang baru berniaga agar membuat lesen terlebih dahulu agar tidak mendapat sebarang tindakan dari MPKB.