Kerajaan Kelantan bentuk Zon Ilmu Nilam Puri sebagai pusat pengajian Islam

Kerajaan Kelantan sedang mwmbentuk Zon Ilmu di Nilam Puri bagi menempatkan bebe-rapa pusat pengajian Islam.

Kolej Islam Kelantan dijang-ka diwujudkan di Zon Ilmu itu tahun depan dan usaha ini sedang giat dijalankan.

“Kita juga bercadang mahu memindahkan Pusat Pengajian Pondok di Kandis ke sini, bagi tujuan itu sekiranya proses untuk mewujudkannya berjalan lancar,” kata Pengerusi Jawat-ankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Ustaz Mohamed Daud, pada sambutan Hari Yayasan Islam Islam (YIK) di sini, 1 Ogos lalu..

Pada majlis itu, Menteri Besar Kelantan turut membuka tirai model bangunan baru YIK bernilai RM3 juta yang akan dibina tidak lama lagi.

Model bangunan itu yang berseni reka Islam akan dibina berhampiran Pusat Bahasa Arab yang menjadi pusat pentadbiran YIK sekarang.

Untuk tujuan mengadakan Zon Ilmu ini Kerajaan Negeri bercadang mengambil tanah di sekitar Yayasan Islam Kelantan (YIK) di Nilam Puri.

Ketika ini Zon Ilmu Nilam Puri sudahpun menempatkan beberapa institusi pendidikan iaitu Maahad Dakwah Wal Imamah, Pusat Bahasa Arab dan Akademik Islam, Universiti Malaya.

Ustaz Mohamed Daud mem-beritahu Maahad Dakwah yang dipunyai Kerajaan Negeri sudah tiga tahun wujud dan sedang berusaha untuk mendapatkan pengiktirafan daripada Univer-siti al Azhar terhadap lulusannya.

Katanya, sekarang Maahad Dakwah Wal Imamah memberi pendidikan peringkat diploma kepada pelajar-pelajarnya.

Sementara itu, Pengarah Yik, Haji Ayub Mahmud berkata, mulai tahun depan pelajar Yik berpeluang melanjutkan pelajaran dalam bidang sains di institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negeri.

“Ini kerana lulusan kelas sains akan dikeluarkan oleh dua sekolah Yik yang telah mewu-judkan kelas itu awal tahun ini,” ujarnya.

Awal tahun ini dua sekolah Yik telah mewujudkan kelas sains tulen iaitu di Maahad Muhamadi Lelaki dan Perem-puan yang mengandungi empat kelas.

Ayub berkata, sehingga kini terdapat seramai 41,662 pelajar belajar di 87 buah sekolah Yik dan bilangan gurunya (2,046 orang).

“Bagi mengendalikan pen-tadbiranya kerajaan negeri ter-paksa mengeluarkan perbelan-jaan sebanyak RM2 juta sebu-lan,” ujarnya.

Menyentuh tentang pembi-naan pejabat baru YIK Ayub berkata, sejak ditubuh YIK belum lagi mempunyai pejabat tetap dan sehingga kini sudah tiga kali berpindah.

Katanya, pejabat pertama YIK di Jalan Yaakubiyah, Lundang dan berpindah ke Istana Lama di Nilam Puri dan terakhir di Pusat Bahasa Arab dekat sini.

“Sehubungan itu, pejabat baru perlu disediakan bagi tujuan itu bagi memudahkan urusan pentadbirannya dan tidak perlu lagi berpindah ke bangunan-bangunan lain yang boleh menganggu urusan pentadbirannya.

“Pembinaan bangunan pejabat itu akan dimulakan tidak lama lagi,” katanya.