Kemudahan perubatan untuk penderma darah

Jabatan Perkhidmatan Kesihat-an dan Perubatan Kelantan mengalu-alukan orang ramai menderma darah bagi mengisi tabung darah di hospital-hospital kerajaan di negeri ini.

Pelbagai insentif disediakan kepada penderma darah teruta-manya di hospital kerajaan.
Katanya, insentif yang dise-diakan itu termasuk memberi rawatan percuma untuk pesakit luar dan kemudahan masuk ke wad kelas dua atau satu.

Pengarahnya, Dr Yao Sik Chi, berkata insentif disediakan itu iaitu mengikut kekerapan menderma darah, yang bermula dari sekali hingga lebih 50 kali.

Beliau berkata demikian ketika  merasmikan Pelancaran Kempen Derma Darah, anjuran Ahli Lembaga Pelawat, Hospi-tal Kota Bharu, 14 Julai lalu.