Kerajaan Kelantan sediakan penyebar Islam untuk hadapi cabaran yang semakin hebat

MENTERI Besar Kelantan, YAB Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata penyebar Islam perlu diramaikan lagi bagi memapastikan Islam yang syumul dapat diperjelas dan dilaksanakan.

Atas hasrat ini Kerajaan Negeri Kelantan berusaha bersungguh-sungguh melahirkan seberapa ramai penyebar Islam yang dilengkapi dengan ilmu, akhlak dan kebolehan kepimpinan.

Antara usaha kerajaan negeri Kelantan itu dilaksanakan melalui Yayasan Islam Kelantan (YIK),  memperkembangkan sekolah pondok menubuhkan Kolej Islam dan sebagainya.

Menurut YAB Tuan Guru penyebaran mungkar memang senagaja dirancang oleh musush seperti yang ada di tv, radio, majalah dan lain-lain.  Ini menjadikan cabaran terhadap penyebar Islam semakin hebat.

“Penyebaran Islam tidak boleh disekat dengan akta, penahanan ke atas pendakwah dan sebagainya.  Bagaimana Islam yang syumul itu boleh disebar jika tidak ada penyebarnya?” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis meraikan pelajar-pelajar Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang akan melanjutkan pengajian di Mesir dan Jordan serta menyampaikan sijil kepada pelajar Maahad Dakwah wal-Imamah yang diadakan di JKR 10, Kota Bharu 17 Julai lalu.

Beliau menyeru para pelajar supaya mempunyai sifat kepimpinan.  Antaranya sifat kepimpinan itu diperolehi dengan selalu bersembahyang berjamaah, selama-lamanya manis muka walaupun terhadap orang yang tidak digemari dan sentiasa berusaha membawa orang ke jalan Allah.
Menurut beliau sekarang sudah ada orang berkata: “syurga untukmu, biarlah neraka untukku,” dengan tujuan menyakitkan hati orang yang berdakwah kepada mereka.

Ungkapan sedemikian, kata beliau, mungkin kerana orang itu jahil.  Tetapi ada orang  yang yakin dengan kata-kata pendakwah tetapi mereka sengaja tidak mahu ikut kerana degil dan jahat.


HOME