Pesakit kusta tidak dapat dikesan

ORANG ramai di negeri ini yang disyaki mengidap penyakit kulit diminta membuat pemeriksaan segera di klinik berdekatan untuk memastikan penyakit sebenar yang mereka hadapi.

Pengerusi Persatuan Membantu Pesakit Kusta Malaysia (MaLRA) Cawangan Kelantan, Haji Yusof Ahmad, berkata setakat ini hanya seramai 300 pesakit kulit telah disahkan mengidap penyakit kusta  setelah mereka mendapat rawatan di klinik dan hospital kerajaan.

Tambahnya, jumlah tepat bilangan pesakit itu tidak dapat diperolehi ekoran keengganan mereka untuk berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan pakar.

“Bagaimanapun kita menganggarkan lebih seribu orang mengidap penyakit tersebut di negeri ini sebenarnya,” ujarnya.

Serentak itu, beliau menyeru masyarakat di negeri ini supaya membuat pemeriksaan segera sekiranya mengidap penyakit kulit kerana hanya doktor pakar kulit sahaja yang dapat mengesahkan sesuatu penyakit.

Yusof juga menyeru setiap pesakit hendaklah menjadi ahli kepada persatuan tersebut bagi memudahkan pihaknya menyalurkan sumbangan hasil dari derma orang ramai dan kerajaan.


HOME