Asrama RM1.7 juta untuk Maahad Lelaki

SEKOLAH Menengah Maahad Muhamadi Lelaki Kota Bharu, akan mempunyai asrama tambahan bernilai RM1.7 juta menjelang tahun 1999.

Sekolah itu kini menjadi tumpuan ramai termasuk pelajar luar Kelantan yang memerlukan tempat tinggal yang lebih selesa.

Pihak sekolah telah berusaha mendapatkan bantuan pelbagai pihak bagi membina asrama tersebut dan perletakan batu asas diadakan baru-baru ini oleh oleh YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar.
YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat juga melancarkan buku sambutan 60 tahun Maahad Muhamadi di majlis berkenaan.

Pengetuanya, Ustaz Nik Razi Nik Mat berkata, asrama itu dijangka dapat menampung 500 pelajar.
Beliau berkata, pembinaan asrama itu mendapat sambutan memberangsangkan dari orang ramai termasuk seorang tokoh korporat tempatan yang  menderma RM700,000.

Jumlah terkumpul sebelum hari perlancaran itu sebanyak RM874,000, tidak termasuk jumlah kutipan derma sebanyak RM21,000 pada majlis perlancaran tersebut.

Bagaimanapun sebanyak RM900,000 lagi diperlukan bagi menyiapkan asrama berkenaan.


HOME