Kompleks agama Pasir Mas mula digunakan

KOMPLEKS agama bernilai RM800,000 yang dibina oleh Kerajaan Kelantan di Pasir Mas bagi menempatkan pejabat penyelia agama, kadi, unit dakwah Halaqat dan mahkamah syariah mula digunakan awal Julai lalu

Kompleks itu memberi keselesaan kepada pegawai dan kakitangan jabatan serta orang ramai yang berurusan dengannya .

Penyelia Agama Pasir Mas, Ustaz Haji Othman Ahmad berkata, kompleks itu merangkumi tiga bahagian utama iaitu syariah, penyeliaan agama dan dakwah.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Ustaz Mohamed Daud dan Pengarah Jabatan Agama Islam Kelantan, Haji Hashim Bani Abdul Hamid telah melawat kompleks baru itu.


HOME