Kamaruddin wakili kawasan DUN Semerak

BARISAN Nasional (BN) berjaya merampas kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Semerak daripada Parti Islam Se-Malaysia di dalam pilihan raya kecil pada 11 Ogos lalu.

Calon Barisan Nasional, Haji Kamaruddin Mohd. Noor, 50, meraih 5,370 undi bagi mendapat majoriti 778 undi mengalahkan calon PAS, Wan Fauzi Wan Hussain yang mendapat 4592 undi. Calon dari parti Akim hilang wang pertaruhan. Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan dengan kematian ADUN dari PAS, Haji Sulaiman Ahmad.  Pada pilihan raya umum tahun 1995, Haji Sulaiman menang dengan majoriti 248 undi.

Pilihan raya ini memperlihatkan jumlah keluar mengundi terbesar di dalam sejarah pilihan raya di negara ini, iaitu 82.42 peratus daripada 12,342 orang pengundi.

Menteri Besar Kelantan, YAB Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat ketika mengulas kekalahan calon PAS berkata, PAS kalah kerana pihak lawan membawa masuk ramai pengundi dari luar kawasan Semerak.


HOME