Pembangunan Jangan Berpandu kepada Akal Manusia Sahaja

Allah SWT memberi kemudahan asasi dengan segala infrastruktur langitnya, buminya, mataharinya untuk kesenangan hidup manusia.  Tetapi Tuhan tidak membiarkan manusia hidup dengan begitu sahaja tanpa panduan daripada-Nya. Oleh sebab itu Allah SWT. kirim Nabi Musa dan seterusnya nabi-nabi lain termasuk Nabi Muhammad SAW.  Ertinya proses dan pembangunan tidak boleh sampai ke matlamat yang benar-benar memberi kebahagiaan kepada manusia, kalau dibiar kepada akal fikiran manusia sahaja menguasai manusia.

Sebagaimana misal yang saya selalu sebut, kalau dibiar manusia menjaga manusia sepertilah kita biarkan lembu jaga lembu.  Allah SWT. tidak hendak manusia ini dijaga oleh manusia tetapi Allah hendak manusia dijaga oleh Allah SWT.


HOME