Pertahan gaya hidup Kelantan

DUTA Jepun ke Malaysia, Issei Nomura, mengkagumi masyarakat Kelantan kerana masih mempertahan tradisi Melayu dan tidak mudah terpengaruh budaya asing terutamanya dari Barat.
Katanya, pengekalan itu menyebabkan Kelantan terkenal sebagai tumpuan pelancong.

Menurutnya, rakyat negeri ini masih mengekalkan budaya hidup Timur, di samping bersifat lembut dan mudah mesra. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan kunjungan hormat kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz, di pejabatnya, 24 Ogos lalu.
Sempena lawatan dua hari ke Kelantan beliau sempat bertemu dengan 34 warga Jepun yang berkerja di tiga buah kilang di Padang Tembak, Pengkalan Chepa.

Nomura juga melawat perkampungan nelayan di Pantai Sabak, yang beliau anggap banyak persamaannya dengan budaya dan kehidupan masyarakat di Jepun.

Beliau juga melahirkan rasa bangga terhadap usaha kerajaan Kelantan mengadakan memorial pendaratan tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua. Pihaknya bersedia untuk menyalurkan bantuan sekiranya diperlukan bagi mengekalkan memorial tersebut.


HOME