Hospital pakar swasta dibina di Kubang Kerian

SEBUAH hospital pakar swasta bernilai RM60 juta yang lengkap dengan kemudahan perubatan terkini sedang dalam pembinaan di Kubang Kerian.

Hospital Pakar Darulnaim itu milik syarikat tempatan, Manzer Medical Sdn Bhd, yang akan dibina di kawasan seluas 1.2 hektar berhampiran Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian. Ia dijangka beroperasi sepenuhnya November 1998.

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Prof Dr. Syed Abdullah al Mohdzar berkata, antara perkhidmatan kepakaran yang akan disediakan oleh hospital tersebut ialah kardiologi, neurologi, pediatrik, surgeri, kadiotorasik, ortopedik, neurosurgeri dan makmal radiologi.

Katanya, hospital itu akan didirikan setinggi enam tingkat, menyediakan 240 katil, sembilan bilik bersalin dan  lima bilik bedah.

“Bagi fasa pertama seramai 200 kakitangan termasuk 30 doktor pakar akan diambil untuk berkhidmat di pelbagai jabatan yang disediakan,” katanya.

Menurut beliau hospital itu turut menyediakan rawatan bagi golongan miskin dengan kadar bayaran  minimun.

Dr Syed Abdullah juga berkata, syarikat itu juga akan membina sebuah sekolah kejururawatan pada fasa kedua.


HOME