Bantu polis cegah jenayah ekoran gawat

BERIKUTAN kegawatan eko-nomi negara sekarang pelbagai pihak digesa membantu pihak polis menyekat kemungkinan bertambahnya kes jenayah berikutan berlaku pemecatan kerja dan ramai yang yang sebelum ini bekerja di luar Kelantan terpaksa pulang dan menganggur di kampung.

Gesaan dibuat oleh Tuan Guru Dato’ Menteri Besar Kelantan d sesi soal jawab de-ngan pegawai-pegawai keraja-an negeri dan persekutuan di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang sempena lawatan kerja beliau ke Jajahan Gua Musang baru-baru ini.

Katanya, antara bantuan yang boleh diberikan ialah menasihati mereka terbabit supaya menerima hakikat keadaan ekonomi negara yang sedang gawat.

Ianya berlaku adalah atas kehendak Allah  dan mungkin ada sesuatu yang tidak betul dengan kalangan tertentu dan Allah turunkan bala untuk menginsafkan mereka yang tersasar dari landasan agama Allah kembali ke jalan yang benar, jelas beliau.