Melayu perlu tingkatkan semangat menderma

Masyarakat Melayu Kelantan terkenal sebagai masyarakat yang suka menderma dan ini diakui oleh orang China yang biasa bergaul dengan mereka.

Demikian kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan, Dakwah dan Penerangan, YB Ustaz Moha-med Daud, di majlis pelancaran pungutan derma pembinaan bangunan dewan serbaguna dan perpustakaan Sekolah Mene-ngah Agama Maahad Muham-madi Perempuan, Kota Bharu pada 30 Ogos lalu.

Bagaimanapun, katanya, da-lam semangat menderma orang Melayu sebenarnya kalah dibandingkan dengan orang China dan Yahudi.

Menurut beliau orang China menderma sehinggakan dapat mengumpulkan jumlah wang berjuta-juta ringgit bagi mem-bina sekolah manakala orang Yahudi yang terkenal kedekut itu sebenarnya sanggup me-nyumbangkan ratusan juta ring-git untuk pertahanan bangsa, agama dan negara mereka.
Menyentuh tentang pemba-ngunan sekolah-sekolah yang ditaja Kerajaan Kelantan mela-lui Yayasan Islam Kelantan (YIK), beliau memberitahu perbelanjaan yang dikeluarkan kerajaan negeri untuk sekolah-sekolah ini adalah besar.

“Oleh itu dalam masa ekono-mi gawat ini kerajaan negeri mungkin tidak mampu untuk sumbang lebih banyak. Orang ramai patut bantu,” katanya.