MPKB digesa tingkatkan imej Islam di Kota Bharu

YAB Tuan Guru Dato' Menteri Besar Kelantan berkata pelancong yang datang ke Kelantan semestinya mahu melihat atau diberi gambaran bagaimana keadaan sebuah negeri yang berdasarkan Membangun Bersama Islam.

Atas sebab itu, katanya, Kota Bharu yang menjadi jantung hati bagi negeri Kelantan sepatutnya tempat pertama yang memberi imej Islam kepada para pelancong itu.

Majlis Perbandaran Kota Bharu sebagai pihak yang ber-kuasa di bandar ini hendaklah menjaga imej Islam itu dengan mempamerkan Kota Bharu se-bagai bandar yang bersih, kaki-tangannya mempunyai akhlak yang baik dan budaya pendu-duknya juga mencerminkan kehidupan Islam.

“Jadikan contoh bahawa orang Islam boleh memerintah dengan baik untuk kehidupan dunia dan akhirat,” jelas beliau.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena majlis perlantikan YB Haji Hussain Ahmad sebagai Yang Dipertua baru bagi MPKB.

Menyentuh tentang keber-sihan Kota Bharu, beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Dipertua MPKB sebelum ini, YB Haji Nordin Yaakub, kerana telah berjaya meningkatkan kebersihannya di samping menjayakan beberapa acara besar seperti sambutan lawatan Yang Dipertuan Agong dan Hari Keputeraan al-Sultan Kelantan ke-48.

Bagaimanapun, kata beliau, tanggungjawab menjaga keber-sihan bandar ini bukanlah hanya dipikul oleh MPKB. Penduduk dan pengunjung Kota Bharu sama-sama bertanggungjawab untuk kebersihannya.

Beliau mencadangkan supa-ya MPKB mengadakan kempen kebersihan yang ditujukan khas kepada pengunjung-pengun-jung yang diketahui banyak sekali melakukan kesalahan mengotorkan Kota Bharu.

Tuan Guru Menteri Besar juga menarik perhatian Koperasi Kakitangan MPKB yang mempunyai peranan memberi pinjaman wang kepada ahli-ahlinya supaya mempastikan tidak ada unsur riba di dalam pinjaman itu.