Setelah kematian Allahyarham Tok Khurasan pada 4 September 1944 dan selepas penutupan Jamek Ismaili, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah mengalih perhatiannya ke Jertih pula di mana dua orang ulama adik beradik berkelulusan dari Darul Ulum, Deoband, India membuka sebuah madrasah di situ.
Dua orang ulama adik beradik itu ialah tuan Guru Haji Abas bin Haji Ahmad dan adiknya, Ustaz Abdullah Haji Ahmad atau lebih terkenal Ustaz Lah India.
Tuan Guru Haji Abas dan Ustaz Lah India ini ialah rakan karib Allahyarham Tuan Guru Haji Nik Mat Alim.
Allahyarham Tuan Guru Haji Nik Mat Alim dan Tuan Guru Haji Abas dikatakan mempunyai pandangan dan pendapat yang sama tentang berbagai-bagai masalah khilafiyah yang menjadi pokok perbincangan di kalangan guru-guru pondok pada waktu itu.
Tuan Guru Haji Abas dianggap sebagi seorang ulama Hadith dan tafsir Al-Quran yang sukar ditandingi pada waktu itu dan beliau juga dikatakan seorang ulama yang mahir dalam ilmu mantiq dan ilmu-ilmu alat yang lain.
Menurut Ustaz Lah India, Haji Nik Abdul Aziz ialah murid yang pertama mendaftarkan diil di Madrasah Itifaqiah Jertih pada pertengahan tahun 1947.
Ustaz Lah India tidak dapat mempastikan di kelas berapa Haji Nik Abdul Aziz belajar di Madrasah Itifaqiah itu tetapi yang beliau ingat ialah Haji Nik Abdul Aziz sudah mempelajari semua ilmu yang diperlukan di situ sebelum memasuki Madrasah Itifaqiah, Jertih.
Ada cerita yang mengatakan bahawa Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah diuji dan diimtihan dahulu tentang kebolehannya dalam ilmu nahu sebelum menentukan kelas mana yang akan didudukinya nanti.
Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz dikatakan telah diminta supaya membaca sebuah kitab nahu lama yang bernama Mutammimah oleh pihak yang berkenaan di madrasah itu.
Oleh kerana beliau telah lama di tamrin dan dilatih oleh almarhum ayahandanya dalam ilmu nahu dan saraf maka beliau tidak menghadapi apa-apa kesukaran untuk membaca kitab nahu yang bernama Mutammimah itu.
Mengikut pandangan dan pendapat bekas-bekas pelajar pondok, kalau kitab Matan Alfiah sudah dihafaz dan diingat dalam kepalanya, masakan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz tidak dapat membaca Mutammimah.
Tuan Guru Haji Abas yang sekarang ini sudah berusia lebih 85 tahun itu mengakut bahawa Haji Nik Abdul Aziz ialah seorang murid yang mumtaz dan luar biasa dalam semua ilmu yang dipelajarinya.
Dalam pertemuan dengan penulis di Madrasah Tok Jering beliau menyifatkan anak muridnya yang bernama Haji Nik Abdul Aziz itu sudah setaraf ilmunya dengan ulama-ulama yang berwibawa.
Beliau menegaskan, "Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat seorang murid yang boleh menggantikan Tok Guru." Kalimat ini diulangnya beberapa kali.
Saya membuat kesimpulan bahawa apa yang dimaksudkannya dengan kata 'seorang murid yang boleh menggantikan Tok Guru' itu adalah bahawa Tuan Guru Haji Abas mengakui Haji Nik Abdul Aziz ialah satu-satunya murid yang mempunyai ilmu setanding dengan ilmunya.
Perkataan "mengganti Tok Guru' ltu juga bererti bahawa beliau menghendaki supaya anak muridnya yang bernama Haji Nik Abdul Aziz itu mengambil tempatnya sebagai seorang penyebar ilmu Hadith dan tafsir Al-Quran yang dipelajarinya di Deoband.
Mengikut hemat saya, beliau meluahkan perasaan hati kecilnya itu adalah kerana menyedari dan memandang kepada usianya yang sudah lanjut dan beliau sudah tidak mampu lagi untuk meneruskan usaha yang murni itu dan mengikut perhitungannya hanya Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz sahaja yang diketahuinya layak dan mampu untuk mewarisinya dalam bidang tersebut.
Walau bagaimanapun, katanya, "Dalam keadaan seperti sekarang ini, saya terpaksa menjauhkan diri daripada Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz kerana ada anasir-anasir yang tertentu cuba menghalang saya untuk menemui beliau,'’ keluh Tuan Guru Haji Abas yang sudah berusia lebih daripada 85 tahun itu.
Mengulas tentang peribadi dan pembawaan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz ketika belajar di Jertih, beliau menyifatkan Haji Nik Abdul Aziz sebagai pelajar yang warak dan tekun mempelajari sesuatu mata pelajaran.
"Masih segar dalam ingatan saya, Haji Nik Abdul Aziz mengulang kaji semua pelajarannya bermula dari selepas sembahyang Isyak hinggalah ke jam 12.00 malam.”
“Beliau bangun semula pada jam 4. 00 pagi dan selepas sembahyang Subuh beliau meneruskan semula mengulangkaji pelajarannya sehingga ke jam 7.30 pagi.”
"Amalan seperti ini diteruskan selama lima tahun beliau belajar di Jertih,' kata Tuan Guru Haji Abas.
Beliau juga menyebut tentang kisah bagaimana beliau mengajar Haji Nik Abdul Aziz di luar madrasah.
"Saya mengajar Haji Nik Abdul Aziz bukan sahaja di sekolah atau madrasah, malah saya pemah mengajarnya di bendang tempat saya mencangkul.
"Dengan memakat sejenis alat menahan hujan yang dikenali sebagai 'saman' oleh orang-orang Kelantan dan Besut, Terengganu, saya sempat mengajar Haji Nik Abdul Aziz yang menggunakan payung dan lampu ayam dalam hujan renyai-renyai.
"Begitulah lasaknya saya melatih dan mengajar Haji Nik Abdul Aziz pada waktu di Jertih dahulu,"Jelas Tuan Guru Haji Abas.
Perhubungan antara Tuan Guru Haji Abas dengan almarhum Tuan Guru Haji Nik Mat Alim memang amat rapat sekali.
Allahyarham Tuan Guru Haji Nik Mat sendiri pernah belajar tafsir Baidhawi dan beberapa tafsir lain daripada Tuan Guru Haji Abas.
Dan saya telah diberitahu bahawa Tuan Guru Haji Abas pernah mengajar di Kedai Lalat tidak jauh daripada Pondok Pulau Melaka yang dikendalikan oleh Allahyarham Tuan Guru Haji Nik Mat Alim.
Sementara itu Ustaz Lah India pula menyifatkan Haji Nik Abdul Aziz sebagai pelajar yang terbalk di kalangan seratus orang pelajar lain yang seangkatan dengannya.
Menurut Ustaz Lah India, Haji Nik Abdul Aziz sudahpun boleh membaca kitab-kitab fiqah, tauhid, Hadith, tafsir Al-Quran dan kitab-kitab lain yang ditulls dalam bahasa Arab kerana beliau mahir dalam nahu dan saraf yang dipelajari daripada almarhum ayahandanya.
'Walaupun beliau sudah mempunyai asas dalam ilmu mantiq yang dipelajarinya daripada Allahyarham Tok Khurasan tetapi ilmu mantiqlah yang banyak dipelajari daripada saya.
'Ini adalah kerana pada waktu itu, bukan sahaja berlaku kekurangan guru yang mahir dalam ilmu mantiq malah kitab-kitab ilmu mantiq sukar didapati di toko-toko kitab tempatan.
'Kitab-kitab ilmu mantiq hanya boleh didapati di India sahaja pada waktu itu,' jelas Ustaz Lah India.
Madrasah Itifaqiah ini diasaskan oleh Tuan Guru Haji Abas selepas penutupan Pondok Bukit Puteri yang terkenal sebelum Perang Dunia Kedua dan dalam zaman pemerintahan Jepun.
Bekas tapak Madrasah Itifaqiah lni terletak di hadapan Sekolah Pusat, Jertih, Terengganu.
Ustaz Abdullah Haji Ahmad atau Ustaz Lah India inilah yang menemani Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz ke India pada tahun 1952.
Mengikut cerita Ustaz Lah India, Haji Nik Abdul Aziz tidak terus ke Deoband tetapi bersama-sama beliau pergi ke Alighar Uriiversiti buat beberapa ketika sebelum berangkat ke Deoband.
Inilah kali yang kedua Ustaz Lah ke India selepas tamat pengajiannya di Darul Ulum, Deoband.
Setelah lima tahun belajar di Darul Ulum, Deoband, Haji Nik Abdul Aziz telah ditawarkan oleh Muktamar lslam untuk melanjutkan pelajarannya ke Universiti al-Azhar.
Menurut Ustaz Lah, Haji Nik Abdul Aziz merupakan pelajar yang pertama dari Darul Ulum, Deoband yang telah mendapat biasiswa daripada Muktamar Islam yang pada ketika itu dipimpin oleh Raja Saudi, Al Malik Faisal, dan Presiden Mesir, Anwar Sadat.
Di India, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bukan sahaja menumpukan pelajarannya di Deoband, malah beliau telah berguru dengan beberapa orang ulama dan pemimpin gerakan Islam di India dan Pakistan.
Antara ulama dan pemimpin gerakan Islam yang menjadi guru kepada Haji Nik Abdul Aziz ialah Maulana Sayyed Ahmad Hussain Al-Madani (Aseer Malta), Maulana Mahmud Hassan dan Maulana Sheikh Ali.
Banyak pelajaran dan pengalaman yang didapatinya
di India dan Pakistan sebelum beliau melanjutkan pelajaran ke Mesir.