Walaupun Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah ditawarkan untuk menggunakan kenderaan Jabatan Kelas Dewasa tetapi beliau lebih rela menggunakan sebuah sekuter Vespa yang dibelinya. Cikgu Wil memandu sekuter itu dan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz membonceng ke mana sahaja untuk memberi syarahan agama. Cikgu Wil pula membeli sebuah kereta buruk untuk tujuan yang sama.
Dengan menggunakan sekuter atau kadang-kadang kereta buruk kepunyaan Cikgu Wil itu, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah menjelajah ke semua daerah dan mukim dalam Jajahan Kota Baharu bagi menunaikan tanggungjawab memberi syarahan agama kepada rakyat.
Cikgu Wil ketika itu bukan sahaja sebagai sahabat karibnya, malahan juga sebagai pemandu dan pengawal peribadinya. Di mana sahaja Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz memberi syarahan atau ceramah, Cikgu Wil turut ikut serta.
Malah ada yang mengatakan tanpa Cikgu Wil ikut sama, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz tidak akan menerima jawatan sebagai pensyarah agama Kelas Dewasa itu.
Dengan berselindung di bawah Jabatan Kelas Dewasa, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bukan sahaja dapat menyampaikan ajaran Al-Quran dan Hadith Nabi kepada rakyat Kelantan dengan lebih bebas lagi, malah beliau telah menggunakan kesempatan itu untuk menegur dasar-dasar pemeriniah yang tidak Islam.
Tetapi ada golongan yang mempertikaikan kebijaksanaanya menerima jawatan sebagai pensyarah agama Kelas Dewasa itu kerana mereka menganggap Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah diperalatkan oleh Jabatan Kelas Dewasa untuk kepentingan politik UMNO.
Tuan Guru Haji Nik Aziz sendiri menyedari bahawa ada pihak yang tertentu meragui sikapnya menerima jawatan sebagai pensyarah agama Kelas Dewasa itu.
Menurut Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Ustaz Nik Abdullah Arshad, tidak lama selepas beliau menerima jawatan sebagai pensyarah agama Kelas Dewasa itu, beliau telah diberi kesempatan untuk berucap di Masjid Muhammadi di Kota Baharu.
Ucapan sulungnya di Masjid Muhammadi itu telah dapat menghapuskan segala keraguan orang ramat terhadapnya dan mengetahui sebab-sebab beliau menerima jawatan dalam Kelas Dewasa yang menjadi alat UMNO itu.
Menurut Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz, bidang dakwah merupakan satu bidang yang paling diminatinya sejak beliau mendapat didikan awal daripada almarhum ayahandanya.
"Oleh kerana kecenderungan saya dalam bidang dakwah itulah, maka saya menerima jawatan sebagai pensyarah agama Kelas Dewasa, dengan harapan saya akan dapat menjalankan gerakan dakwah dengan lebih berkesan lagi.
"Adalah menjadi tanggungjawab kepada setiap ulama dan Tok Guru untuk melibatkan diri dengan giat dalam gerakan dakwah mengikut kemampuan masing-masing," tegasnya.
Dalam ucapan itu juga beliau menyentuh tentang peranan dan tanggungjawab seseorang pendakwah dalam menjalankan tugas hariannya.
'Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz berpendapat, adalah menjadi kewajipan bagi seseorang pendakwah menegur dan mengingatkan mana-mana kumpulan yang melakukan amalan yang bercanggah dengan ajaran Islam.
Beliau seterusnya menjelaskan kalau seseorang pendakwah ltu menegur dan memberi ingatan kepada sesuatu golongan yang tertentu, itu bukan bererti pendakwah tersebut menyokong dan menyebelahi golongan itu.
'Teguran dan ingatan itu diberi adalah
kerana menunaikan tanggungjiwab sebagai seorang pendakwah yang menyeru
kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
'Di bawah konsep amat makruf nahyu a'nil
mungkar inilah saya menerima jawatan sebagai pensyarah agama Kelas Dewasa.
"Dan dalam menjalankan tugas sebagai seorang pendakwah, saya harap tidak ada sesiapa yang akan mengganggu saya,"ujar Tuan Guru Hiji Nik Abdul Aziz.
Mengikut cerita Ustaz Nik Abdullah Arshad lagi, dalam ucapan itu juga Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah memberi pengakuan akan terus berjuang untuk menegakkan kebenaran dan menolak semua bentuk kemungkaran.
"Kalau lidah saya ini panjang seperti panjangnya Sungai Kelantan, nescaya saya hulurkan sepenuhnya ke seluruh negeri Kelantan untuk menyampaikan seruan tuhan kepada rakyat negeri ini," kata Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz.
Begitulah kuat azam dan cita-citanya dalam usaha untuk menyampaikan ajaran Islam kepada umum sehingga beliau membuat perbandingan antara panjang lidahnya dengan Sungai Kelantan yang merupakan satu antara sungai-sungai terpanjang dan lebar di Semenanjung Tanah Melayu ini.
Menurut Ustaz Nik Abdullah Arshad, orang ramai yang mengikutt syarahan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz di masjid Muhammadi itu puas hati dengan penjelasan yang diberinya tentang sebab-sebab beliau menerima jawatan sebagai pensyarah agama Kelas Dewasa. Peranan Kelas Dewasa ini memang sentiasa dipertikaikan oleh ulama-ulama yang menyokong PAS yang berkuasa di Kelantan ketika ltu.
Sebagaimana yang telah dijangka dari awal lagi Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz tidak akan kekal lama berkhidmat dengan sebuah jabatan kerajaan Pusat yang dikuasai oleh orang-orang politik yang menentang gerakan Islam itu.
Kalau dalam usahanya dulu menentang amalan-amalan khurafat dan bid'ah di kalangan masyarakat Islam, beliau telah menerima tentangan daripada pak-pak lebai kampung dan sebahagian kecil guru pondok, maka dalam usahanya untuk membasmi penyakit buta Al-Qur'an dan buta Hadith pun, beliau sekali lagi mendapat tentangan daripada kalangan tertentu.
Setelah hampir setahun beliau berkhidmat dengan Kelas Dewasa Agama negeri Kelantan mulalah kedengaran suara-suara sumbang daripada orang-orang UMNO yang berasa tidak begitu senang dengan isi kandungan ceramah dan syarahannya di dalam kelas-kelas dewasa.
Ada kalangan pemimpin dalam UMNO yang menganggap bahawa Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz lebih banyak menyuarakan perjuangan PAS daripada memberi penerangan untuk membasmi buta huruf di kalangan rakyat di kawasan luar bandar.
Anggapan dan tuduhan itu dibuat berdasarkan kepada ucapan-ucapan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz yang lebih banyak memperkatakan tentang soal pembentukan negara Islam dan kewajipan seseorang Muslim untuk menegakkan hukum Allah di negara ini.
Ekoran daripada ucapan-ucapan beliau yang tidak secocok dengan kehendak dan pemikiran sesetengah pemimpin UMNO itu, maka timbullah berbagai-bagai pandangan serong terhadapnya.
Akhirnya, orang-orang UMNO sudah tidak berminat lagi untuk mengikuti ucapan-ucapan dan syarahan-syarahan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz dan mereka katakan bahawa ucapan-ucapan itu lebih memihak kepada perjuang PAS.
Ada di kalangan pemimpin UMNO menganggap beliau sebagai seorang penyokong PAS yang telah berjaya meresap ke dalam sebuah institusi yang dikuasai oleh UMNO.
Para pemimpin UMNO yang termasuk dalam kategori ini menghendaki supaya Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz mendaftarkan diri sebagat seorang ahli UMNO yang sah terlebih dahulu kalau beliau benar-benar berhasrat hendak kekal berkhidmat dengan Kelas Dewasa.
Ini bererti orang-orang UMNO telah menyedari
bahawa perlantikan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz sebagai pensyarah
agama Kelas Dewasa telah menyulitkan lagi kedudukan UMNO dalam menghadapi
PAS yang memeriniah Kelantan ketika itu.
Usaha-usaha telah dijalankan untuk cuba
menyekat kebebasan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz dalam memberi ceramah
dan syarahan kepada umum di masjid-masjid dan di kampung-kampung.
Menurut Cikgu Wil, pengelola, timbalan pengelola dan penyelia-penyelia Kelas Dewasa yang bertanggungiawab membawa masuk Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz ke Kelas Dewasa itu sudah tidak dapat lagi mempertahankan kebebasan yang diberi kepada Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz kerana adanya tekanan daripada orang-orang UMNO.
Apabila kebebasan yang diberi kepadanya dalam memberi ceramah dan syarahan sudah ditarik balik maka sudah tidak ada makna lagi beliau berkhidmat dengan Kelas Dewasa negeri Kelantan.
Akhirnya, beliau mengambil keputusan meletakkan jawatan sebagai pensyarah agama Kelas Dewasa setelah berkhidmat hampir setahun.
Menurut Cikgu Wil, perletakan jawatan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz itu bukanlah kerana beliau marah kepada UMNO atau kerana beliau hendak menyertai PAS secara mendadak.
Sebaliknya, tegas Cikgu Wil, beliau meletakkan jawatan kerana sudah tidak ada lagi kebebasan dalam menjalankan tugas sebagai pendakwah.
Beliau menerima jawatan sebagai pensyarah agama Kelas Dewasa dulu adalah kerana adanya jaminan daripada pihak yang berkenaan bahawa tidak ada campurtangan orang-orang politik dalam urusan mengendalikan kelas-kelas agama dan majlis-majlis syarahan di bawah kelolaan Jabatan Kelas Dewasa.
Apabila ada gangguan dan campurtangan orang-orang politik dalam menentukan bentuk syarahan yang akan disampaikan kepada umum maka itu bererti sudah tidak ada lagi kebebasan berceramah dan berdakwah.
Atas alasan-alasan itulah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz mengundurkan dirl daripada berkhidmat dengan Kelas Dewasa negeri Kelantan.
"Sebenarnya, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz belum putus asa dalam usahanya untuk mendekat dan menjinakkan para penyokong UMNO dengan ajaran Al-Qu'ran dan Hadith melalui majlis ceramah yang diadakan di bawah anjuran Kelas Dewasa. Tetapi, kerana adanya tekanan daripada pihak tertentu, maka terpaksalah beliau mengundurkan diri dengan hati yang terbuka, " tambah Cikgu Wil.
Dengan perletakan jawatannya sebagai pensyarah agama Kelas Dewas itu, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah dapat membuktikan bahawa penglibatannya dalam jabatan itu bukan kerana untuk mendapatkan gaji dan elaun tetapi bertujuan semata-mata untuk menyampaikan ajaran Islam yang sebenar kepada umum melalui Kelas Dewasa.
Sebagai seorang ulama yang mempunyai pandangan yang luas, beliau menyedari bahawa tanpa menggunakan nama Kelas Dewasa, kegiatannya untukmenyebarkanajaran Qu'ran dan Hadith agak terbatas kerana adanya tentangan daripada lebai-lebai kampung yang masih mempertahankan amalan-amalan khurafat dan bid'ah itu.
Berdasarkan kepada hakikat itulah, beliau bersedia memberi kerjasama kepada Kelas Dewasa negerl Kelantan dalam usaha untuk menyebarkan dakwahnya di samping melaksanakan rancangan membasmi buta huruf, buta Al-Qur'an dan Hadith di kalangan masyarakat kampung.
Oleh kerana terlampau ghairah untukmenjadi seorang pendakwah sepenuh masa, beliau sanggup menerima jawatan yang tidak ada peruntukan gaji daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
Apabila beliau ditawarkan untuk berkhidmat dengan Kelas Dewasa dulu, beliau tidak membangkitkan soal gaji dan elaun bulanan tetapi apa yang beliau bangkitkan ialah soal kebebasan untuk memberi ceramah kepada umum.
Mungkin kalau tidak disebabkan oleh gangguan daripada orang-orang politik, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz masih kekal berkhidmat dengan Kelas Dewasa, walaupun namanya itu telah di tukar menjadi Kelas Kemajuan Masyarakat (Kemas), memandangkan minatnya yang lebih besar untuk menjadi pendakwah daripada menjadi seorang tokoh politik.
Walau bagaimanapun, takdir Tuhan Yang Maha Kuasa telah membawanya ke arena politik Islam dan melalui bidang ini telah memberi ruang yang lebih luas kepadanya untuk menegakkan hukum Allah di negeri itu.
Dengan kedudukannya sebagai ketua kerajaan Kelantan sekarang ini beliau bukan sahaja dapat berdakwah lebih bebas lagi, malah beliau dapat mentadbirkan negeri Kelantan mengikut ajaran Islam yang didakwahnya itu.
Kalau pada waktu bertugas sebagai seorang pensyarah agama Kelas Dewasa dulu beliau sering diganggu oleh tangan-tangan politik tetapi dengan kedudukannya sebagai Menteri Besar maka sudah pasti tidak ada lagi kuasa-kuasa luar yang akan menggangguinya lagi kecuali Perlembagaan Malaysia dan kerajaan Pusat.
Insya-Allah,TuanGuru Haji Nik Abdul Aziz akan dapat mengatasi masalah ini dengan berkat kerjasama semua pihak yang ingin melihat wujudnya sebuah contoh 'negara kecil Islam' di negeri Kelantan.
Inilah sebenarnya matlamat perjuangan Tuan
Guru Haji Nik Abdul Aziz yang disematkan oleh almarhum ayahandanya, Tuan
Guru Haji Nik Mat bin Raja Banjar.