Kekalahan yang dialami oleh PAS dalam pilihanraya umum 1978 telah menyebabkan pimpinan PAS Kelantan disusun semula di semua peringkat di negeri itu.
Ramai tokoh PAS yang menguasai pimpinan PAS sebelum itu, terpaksa mengundurkan diri untuk memberi peluang kepada muka baru mengambil alih pimpinan PAS negeri Kelantan.
Yang Dipertua PAS Pusat pada waktu itu, Datuk Muhammad Asri bin Haji Muda, juga terpaksa tunduk kepada tuntutan para penyokong PAS Kelantan yang menghendaki supaya pimpinan PAS Kelantan disusun semula di semua peringkat.
Penyusunan semula pimpinan PAS Kelantan itu telah melibatkan nama Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz yang sebelum ini tidak memegang apa-apa jawatan dalam PAS di peringkat kawasan dan perhubungan walaupun memegang jawatan sebagai Ketua Dewan Ulama PAS Pusat.
Sebagai seorang ulama dan wakil rakyat yang tidak mahu menonjolkan diri dalam parti beliau tidak begitu ghairah untuk memegang jawatan ang lebih berwibawa itu.
Anggota Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa itu dikatakan lebih senang kekal sebagai ahli biasa PAS tanpa memegang apa-apa jawatan dalam parti itu.
Sikap beliau yang tidak ingin menjadi pemimpin atau hubbu riasah itu telah menyulitkan beberapa orang tokoh PAS yang menghendaki beliau mengambil peranan yang lebih penting dalam pimpinan PAS.
Penyusunan semula PAS Kelantan itu dilakukan berikutan dengan perletakan jawatan Datuk Haji Ishak Lotfi Omar sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan.
Apabila Datuk Ishak Lotfi meletakkan jawatan, pucuk pimpinan PAS Pusat membentuk sebuah 'Jemaah Pesuruhjaya' yang dipegerusikan oleh bekas ahli EXCO kerajaan Kelantan, Haji Muhammad Amin Yaakub.
Ahli-ahli Jemaah Pesuruhjaya itu adalah terdiri daripada Allahyarham Tuan Guru Haji Mustapha Pasir Tumbuh, Haji Hassan Muhammad dan Haji Nik Abdullah Arshad.
Walau bagaimanapun, usia Jemaah Pesuruhjaya ini tidak lama kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. Dan akhirnya, Haji Muhammad Amin telah meletakkan jawatan sebagai pengerusi Jemaah Pesuruhjaya yang dibentuk oleh Datuk Muhammad Asri secara mendadak itu.
Dalam surat perletakan jawatan Haji Muhmammad Amin itu, beliau mencadangkan supaya Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS negeri Kelantan yang baru.
Pucuk pimpinan PAS Pusat dikatakan tidak begitu senang dengan perletakan jawatan Haji Muhammad Amin sambil 'menamakan penggantinya' sebelum mendapat persetujuan pimpinan PAS Pusat.
Dengan lain perkataan, pucuk pimpinan PAS pada waktu itu tidak merestui Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz dipilih sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan sebagaimana yang dicadangkan oleh Haji Muhammad Amin Yaakub itu.
Mengikut pendapat beberapa orang tokoh PAS yang rapat dengan Datuk Muhammad Asri, Haji Muhammad Amin 'tidak berhak untuk mencadangkan nama penggantinya kepada pimpinan PAS Pusat.
"Hanya PAS Pusat sahaja yang berhak menentukan seseorang Pesuruhjaya PAS di sesebuah negeri."
Sikap pucuk pimpinan PAS Pusat yang tidak mahu melayani pandangan dan cadangan Haji Muhammad Amin Yaakub yang menghendaki supaya Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan itu telah menimbulkan ketegangan di kalangan para penyokong PAS di negerl Kelantan.
Pucuk pimpinan PAS juga dikatakan tidak menerima perletakan jawatan Haji Muhammad Amin sebagai pengerusi Jemaah Pesuruhjaya sebelum seorang Pesuruhjaya PAS yang baru dilantik.
Saya telah diberitahu bahawa pimpinan PAS Pusat memang mempunyal 'calon sendiri' untuk mengambil alih jawatan yang dikosongkan oleh Haji Muhammad Amin ltu.
Tetapi calon yang ditunjukkan oleh pimpinan PAS Pusat ltu dikatakan tidak begitu popular di kalangan para pemimpin PAS di semua peringkat.
Inilah masalah yang dihadapi oleh Datuk Asri dan kawan-kawannya dalam usaha untuk melantik seorang Pesuruhjaya PAS Kelantan yang baru selepas parti itu mengalami kekalahan yang teruk dalam pilihanraya umum tahun 1978.
Walau bagaimanapun, usaha untuk mengatasi masalah perlantikan seorang Pesuruhjaya PAS Kelantan itu terus dijalankan oleh beberapa orang tokoh PAS yang tertentu.
Akhlrnya dengan usaha gigih yang dijalankan oleh Allahyarham Haji Hassan Ishak dan rakan-rakannya maka pimpinan PAS Pusat telah menerima Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz sebagai Pesuruhjaya PAS negerl Kelantan.
Perlantikan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan itii dibuat sebelum berlangsungnya muktamar PAS yang mencatatkan sejarah penting di Dewan Bahasa dan Pustaka di Kuala Lumpur pada tahun 1982.
Sebagaimana yang diramalkan, pada peringkat awalnya, Tuan Guru Haji Nik AbduI Aziz tidak begitu ghairah dan tidak bersedia untuk menerima jawatan baru yang dibebankan kepadanya itu.
Tetapi setelah dipujuk rayu dan dicabar oleh beberapa orang pemimpin yang tertentu, maka akhirnya beliau memberi kesanggupan untuk menerima jawatan tersebut demi untuk kepentingan parti dan perjuangan Islam.
Sebelum beliau mengambil keputusan muktamad untuk menerima jawatan itu, wakil Dewan Pemuda PAS tempatan yang terdirl daripada Ustaz Abdul Hahm Abdul Rahman, Haji Hashim Omar dan beberapa orang lagi telah menemui beliau di kediamannya di Masjid Pulau Melaka.
Dalam pertemuan tersebut, rombongan Pemuda PAS itu telah menerang dan menekankan bagaimana perlu dan mustahaknya beliau mengambil alih pimpinan PAS negeri Kelantan dalam keadaan yang mendesak itu.
Pada peringkat awalnya, beliau dikatakan tidak dapat menerima alasan-alasan yang diberi oleh wakil Pemuda itu, dan beliau masih menganggap bahawa ada calon lain yang lebih layak daripadanya untuk memegang jawatan Pesuruhjaya PAS Kelantan.
Tetapi setelah dicabar oleh beberapa orang ahli rombongan itu dengan membaca satu hadith Nabi SAW yang bermaksud seperti di bawah ini:
"Apabila seseorang itu telah dipilih sebagai pemimpin, sedangkan dia mempunyai kelebihan atas yang lain, maka adalah tidak wajar dia menolak pemilihan itu."
Setelah mendengar hujah-hujah syarie yang dikemukakan oleh wakil Pemuda itu berdasarkan sepotong hadith Nabi SAW maka akhirnya dengan penuh rasa tanggungjawab beliau menerima perlantikan sebagai Pesuruhjaya PAS negeri Kelantan.
Kepimpinan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz dalam PAS bermula daripada perlantikannya sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan dan sebelum ini beliau tidak memainkan peranan yang penting dalam PAS di peringkat negert.
Kedudukannya sebagai Ketua Dewan Ulama PAS Pusat dianggap sebagai tempat rujukan para pemimpin PAS dalam soal-soal yang berhubung dengan hukum-hakam sahaja. dan beliau tidak diberi peranan yang lebih mencabar lagi.
Secara keb etulan pula ketika Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz mengambil alih pimpinan PAS Kelantan suasana politik mulal bergolak dalam parti itu.
Tuntutan dan suara-suara yang menghendaki supaya 'pimpinan ulama mengambil alih pucuk pimpinan PAS Pusat mulai kedengaran di sana sini, dan kedudukan Datuk Muhammad Asri selaku Yang Dipertua PAS Pusat sudah mula tercabar.
Golongan ulama dalam PAS yang dulunya tidak begitu terkenal dan popular mula menunjukkan sikap yang agresif terhadap pimpinan Datuk Asri yang ketika itu sudah hilang pengaruh di beberapa buah negeri yang ter-tentu.
Perubahan politik dan penubuhan Republik Islam di Iran juga telah mempengaruhi suasana politik dalam PAS pada waktu itu. Dan sudah ada tanda-tanda yang jelas bahawa satu perubahan akan berlaku dalam pucuk pimpinan PAS Pusat sebelum atau selepas Muktamar PAS yang ke-28.
Kemuculan seorang ulama dan tok guru seperti Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz dalam pimpinan PAS pada waktu itu telah memberl nafas baru kepada golongan yang menentang pucuk pimpinan yang wujud pada waktu itu.
Secara kebetulan pula ada anasir-anasir yang tertentu dalam pucuk pimpinan PAS yang bukan sahaja tidak merestui perlantikan seorang tok guru untuk menerajui PAS Kelantan, malah mereka memperlekehkan kemampuan seorang ulama dalam memimpin sebuah parti politik seperti PAS ttu.
Sikap dan pandangan yang memperkecilkan kemampuan ulama yang ditunjukkan oleh satu kumpulan dalam pimpinan PAS Pusat itu telah menyebabkan berlakunya pertentangan secara terbuka antara puak yang hendak mempertahankan 'pimpinan lama dengan golongan radikal yang menghendaki perubahan dalam pimpinan parti.
Walaupun Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz tidak terlibat secara langsung dalam pertentangan antara dua golongan itu tetapi nama beliau telah digunakan untuk melemahkan kedudukan pimpinan PAS yang lama.
Pertentangan antara dua golongan ini dengan sendirinya berakhir apabila Datuk Muhammad Asri bin Haji Muda meletakkan jawatan sebagai Yang Dipertua PAS Pusat pada hari yang kedua Muktamar yang ke-28 di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 23 Oktober 1982.
Perletakan jawatan itu dibuat sebelum para perwakilan diberi kesempatan untuk membahas ucapan dasarnya yang disampaikan pada pagi 22 Oktober 1982.
Surat perletakan jawatannya itu dibaca oleh Datuk Abu Bakar Omar selaku Setiausaha Agung PAS Pusat pada waktu itu.
Dalam surat perletakan jawatannya itu beliau menuduh adanya golongan yang tertentu dalam PAS yang cuba hendak menggulingkannya dengan berselindung di bawah 'Kepimpinan Ulama'.
Menerusi surat perletakan jawatan yang dibaca oleh Datuk Abu Bakar Omar itu, beliau menyifatkan 'pimpinan ulama' yang dilaung-laungkan oleh golongan yang tertentu dalam PAS itu hanya sebagai slogan dan cogan kata yang bertujuan untuk memburuk-burukkan pimpinannya, dan tidak lebih daripada itu.
Perletakan jawatan Datuk Asri dan rakan-rakannya telah diramalkan sejak hari pertama Muktamar ltu lagi kerana adanya tekanan daripada pihak tertentu supaya beliau meletakkan jawatan dengan secara mendadak.
Suasana pada hari yang pertama Muktamar ltu juga telah membayangkan kemungkinan adanya satu perubahan besar akan berlaku dalam pucuk pimpinan PAS dalam jangka masa yang singkat.
Era kepimpinan ulama bermula daripada perlantikan dan pemilihan Tuan Haji Yusuf Rawa sebagai pemangku Yang Dipertua dan Ustaz Fadhil Muhammad Nor sebagai pemangku Timbalan Yang Dipertua PAS Pusat.
Ekoran daripada perletakan jawatan Datuk Muhammad Asri itu maka semua jawatan penting di Pejabat Agung PAS disusun semula kerana Datuk Abu Bakar Omar selaku Setiausaha Agung dan Encik Hassan Haji Muhammad selaku Bendahari Agung juga turut meletakkan jawatan mereka masing-masing.
Walaupun Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz tidak terlibat dalam penyusunan semula itu tetapi kedudukannya dalam pimpinan ulama makin bertambah teguh dan kukuh. Sebagai Ketua Dewan Ulama PAS beliau telah diberi peranan yang lebih penting oleh pimpinan PAS Pusat.
Apayang lebih menyenangkan lagi bagi Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan ialah kerana pimpinan PAS Pusat tidak banyak campurtangan dalam urusan PAS Kelantan sebagaimana yang berlaku pada zaman Datuk Asri dulu. Dalam erti kata lain, PAS Pusat selepas Asri telah memberi kebebasan kepadanya dalam mengendalikan urusan parti di peringkat negerl.
Semua pandangan dan pendapatnya tentang kedudukan PAS di Kelantan telah diterima dengan baik oleh pimpinan PAS Pusat dan tidak ada satu pun keputusannya ditolak oleh pihak pimpinan PAS.
Walaupun Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan pada zaman Asri, tetapi ketika itu beliau dikatakan tidak diberi kebebasan mutlak untuk menyusun parti di peringkat negeri.
Banyak keputusan telah dibuat olch PAS Kelantan tetapi tidak ada tindakan yang diambil oleh PAS Pusat untuk melaksanakan keputusan yang telah diambil itu.
Peristiwa yang paling pahit yang dialami oleh Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz adalah dalam soal pemihan calon-calon PAS dalam pilihanraya umum 1982.
Dalam soal pemilihan calon itu, Datuk Muhammad Asri dikatakan terlampau banyak campurtangan hingga menyebabkan ramai calon pilihan PAS Kelantan telah diketepikan dan digantikan dengan calon-calon pilihan Datuk Muhamrnad Asri sendirl.
Pemilihan calon-calon yang tidak mendapat
persetujuan daripada pimpinan PAS peringkat kawasan dan cawangan itulah
yang menyebabkan PAS gagal untuk mendapat suara majoriti di Dewan Undangan
Negeri Kelantan dalam pilihanraya 1982.