- YB. Speaker Dewan Undangan
Negeri Kelantan Merangkap Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri
Kelantan
- YABrs.Tuan Hj. Abd. Rahim
Bin Hassan Ketua Jajahan Bachok
- YBhg. En. Ariffin Khalid
Penasihat Hal Ehwal Koporat Shell Malaysia
- YBhg. En. Nik Husamuddin
Nik Sulaiman Pengerusi Projek Komoniti dan Kualiti Shell Malaysia
- Yang di Hormati Tuan Muhammad
Abd. Razak Bin Hussin Ketua Polis Daerah Bachok
- Yang Berhormat- berhormat
- Ketua-ketua Jabatan Negeri
dan Persekutuan
- Iman-iman, Penggawa-penggawa,
Penghulu-penghulu dan Tuan-tuan sekelian
2. Setiap perlakuan manusia yang dizahirkan melalui anggota badan dan tingkah laku bukan berpunca atau didorong oleh anggota fizikal badan mereka, sebaliknya ia didorong oleh perasaan dan hawa nafsu yang ada didalam badan mereka. Ini bermakna segala gejala dan penyakit masyarakat berlaku seperti perlumbaan haram motosikal yang menyebabkan pertambahan bilangan kadar kemalangan dijalan raya adalah disebabkan oleh rontonan hawa nafsu manusia yang suka melakukan perkara-perkara tersebut.
Oleh hal yang demikian kalau kita ingin mencegah gejala-gejala dan penyakit seperti ini, tidak memadai bagi kita mengenakan peraturan dan undang-undang jalan raya dengan mengenakan denda yang banyak dan sebagainya, kerana pengubatan cara sedemikian tidak menepati dengan penyakit mereka sebenar, penyakit mereka sebenar ialah penyakit hati yang dikuasai oleh hawa nafsu yang buas dan nakal. Penyakit hati yang buas dan nakal mesti diubati dengan ilmu agama dan keimanan kepada Allah serta hari akhirat, hati yang buas perlu ditanamkan dengan rasa takut dan gerun kepada Allah swt. Rasa gerun dan takut ini akan mencegah tuannya dari melakukan perkara-perkara yang tidak senonoh seperti kegiatan perlumbaan haram dan sebagainya.
3. Penyakit hati yang buas dan nakal ini lebih subur lagi dikalangan jenerasi muda mudi, kerana sifat orang muda mereka sentiasa aktif dan tidak boleh duduk diam begitu sahaja. Mereka akan mencari-cari sesuatu yang boleh menjadikan mereka aktif dan berseronok dengannya. Oleh sebab itu tidak hairanlah kalau statistik kemalangan jalan raya hari ini menunjukan lebih 605 daripada kes-kes kemalangan jalan raya berlaku pada hari ini adalah melibatkan remaja terutama penunggang motorsikal, lebih-lebih lagi motosikal itu sendiri hanya mempunyai dua tayar dan kecil saiznya yang sangat mudah terbalik atau terbabas apabila terdapat sedikit kesilapan semasa memandu.
4. Oleh kerana punca kepada masalah ini adalah penyakit hati, maka semua pihak termasuk pihak polis, Majlis Keselamatan Jalan Raya dan sebagainya hendaklah memberi tumpuan dalam program pencegahan dan program-program tarbiah dan kesedaran. Semua pihak didalam masyarakat yang bermula dari ibubapa, keluarga, jiran tetangga, guru sekolah, majikan dan pihak polis hendaklah sentiasa memberi tumpuan untuk mendidik hati-hati dan memberi kesedaran kepada golongan remaja, ini supaya mereka tidak terpengaruh dengan hawa nafsu mereka yang sentiasa ditunggang oleh iblis untuk membawa mereka ke arah keburukan.
5. Beban dari kemalangan jalan raya yang berlaku bukan ditanggung oleh mereka yang terlibat dengan kemalangan tersebut sahaja, tetapi ia terpaksa ditanggung bersama oleh pihak-pihak lain samada secara langsung atau tidak langsung, ibu bapa akan kehilangan anak kesayangan dan kerajaan akan kehilangan wang ringgit bagi merawat dan menanggung kos perubatan mereka. Lebih jauh dari itu negara kehilangan jenerasi muda yang sepatutnya menjadi asset yang besar kepada ugama, bangsa dan negara.
6. Kerajaan negeri sentiasa memberi sokongan dan galakan kepada mana-mana pihak yang bermurah hati untuk menyumbangkan kepakaran dalam membantu pihak kerajaan dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya hari ini. Saya ingin menggesa kepada semua pihak bahawa masalah ini perlulah dipandang serius dan bukan hanya dipikul oleh kerajaan tetapi perlu dipikul bersama oleh setiap lapisan masyarakat.
7. Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak shell, MKJR negeri Kelantan, polis trafik, Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan serta semua agensi yang terlibat dalam memberi kerjasama kepada pihak kerajaan dalam memerangi peningkatan kemalangan jalan raya hari ini.
8. Kerajaan negeri mengalu-alukan pelbagai program kempen keselamatan jalan raya agar rakyat negeri ini akan bertambah kefahaman mereka mengenai untung rugi jika terbabit dalam sesuatu kemalangan jalan raya, suatu usaha yang lebih bersepadu dan gigih perlu dipertingkatkan disetiap jentera pentadbiran agar masalah kemalangan jalan raya ini dapat dikurangkan.
9. Saya dengan lafaz Bismillahirahmanirahim berdoa semuga Allah swt melindungi semua penunggang motosikal dari terbabit didalam kemalangan atau kecelakaan di jalan raya khususnya dinegeri Kelantan ini. Saya dengan rasminya menutup kempen keselamatan jalan raya kepada penunggang motosikal peringkat negeri Kelantan 1998.
sekian.