TEKS UCAPAN YAB TUAN GURU DATO' MENTERI BESAR
DIMAJLIS SETIAUSAHA-SETIAUSAHA PAS
SELURUH NEGERI KELANTAN
DI BUKIT BAKAR - MACHANG
PADA: 25/12/97
 

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

Maksudnya : Sesungguhnya Allah sangat menyukai orang yang berperang dijalan Allah dalam keadaan yang tersusun rapi seperti susunan batu bata dalam sebuah bangunan.
(Surah al-Saf :4)

- YB. Timbalan Pesuruhjaya
- YB. Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat
- YBhg. YDP PAS Kawasan
- Para Setiausaha dan
- Tuan-tuan dan puan-puan sekelian

Alhamdulillah, kita bersyukur kehadrat Allah kerana pada pagi ini kita dapat bersama dalam satu persidangan yang akan membantu kita untuk memperkemaskan barisan dan jentera perjuangan parti kita. Pentadbiran yang kemas dan teratur bukan sahaja memberi kekuatan kepada perjuangan tetapi juga merupakan satu penubuhan tanggungjawab dan kewajipan seperti yang sepatutnya oleh barisan pemimpin yang menerima amanah daripada ahli-ahli.

Para hadirin sekelian,

Islam yang sempurna dan lengkap ini tidak memberi apa-apa makna kepada kita, apatah lagi orang lain kalau sekiranya ia disimpan, dibungkus dan diletakan di sesuatu tempat tertentu. Kerana berbuat demikian, keindahan Islam tidak dapat dilihat dan dikebanyakannya tidak dapat dirasai oleh manusia sejagat. Itulah realiti yang sedang dihadapi oleh Islam dalam dunia hari ini. Hal ini berlaku kerana Islam tidak mempunyai kekuasaan memerintah. Kebanyakan negara-negara umat Islam diperintah dan ditadbir oleh orang yang tidak mahu dan tidak yakin sepenuhnya dengan Islam. Oleh itu untuk menunjukan kebaikan Islam, orang-orang yang yakin sepenuhnya kepada ajaran Islam hendaklah memiliki kuasa pemerintahan didalam sesebuah Negeri atau Negara.

Apabila golongan yang yakin sepenuhnya dengan Islam dapat menguasai dan memerintah sesebuah negara. Maka Islam dengan segala sistemnya yang sempurna dan lengkap ini dapat dikemukakan kedalam kehidupan masyarakat. Pada waktu itu barulah masyarakat mengenali secara yang betul dan menerima kebaikannya daripada keadilan dan kebenaran Islam itu. Apa yang berlaku sekarang adalah manusia boleh menerima sistem yang direka oleh manusia satu sistem yang benar dan baik. Sedangkan sistem tersebut direka dengan tujuan dan kepentingan peribadi golongan tertentu sahaja. Sebagai contoh sistem kewangan dan insuran yang berasaskan riba yang telah diperkenalkan oleh golongan kapitalis Barat kepada seluruh dunia diterima dan dianggap baik oleh masyarakat.

Walhal sistem tersebut merupakan usaha perniagaan dan perdagangan yang mengambil peluang dari susah payah orang lain untuk kepentingan kewangan mereka. Sebaliknya sistem Takaful Islam lebih bersifat kebajikan dan bebas daripada unsur-unsur perdagangan tidak diterima oleh masyarakat kerana mereka tidak pernah kenal dan faham terhadap Takaful Islam. Hal ini berlaku kerana Islam tidak memerintah dan tidak pernah diberi peluang untuk menunjukan kebaikan mereka.

Didalam Islam takaful atau melindungi orang susah itu adalah tanggungjawab keluarga yang berkenaan dan kerajaan itu sendiri. Ia tidak boleh diserah kepada pihak swasta untuk dijadikan bahan perdagangan dengan begitu mudah. Tanggungjawab ketua Negara dalam Islam bukan sekadar menjaga projek-projek jalanraya dan pembangunan fizikal. tetapi adalah menjadi tanggungjawab ketua kerajaan Islam untuk menjaga anak-anak yatim dan golongan fakir miskin dari terus terhimpit. Selain dari kerajaan, kaum keluarga, orang-orang kaya yang tinggal berhampiran dengan anak-anak yatim, dan fakir miskin tersebut juga bertanggungjawab untuk membantu menyelesaikan masalah dan keperluan hidup golongan yang tidak bernasib baik itu.

Gabungan dari kedua-dua Hadis tersebut, sudah cukup untuk menunjukan bahawa ajaran Islam sudahpun menyediakan plan takaful terhadap golongan dhaif dalam masyarakat seperti anak yatim dan fakir miskin. Ini bermakna kita umat Islam tidak lagi perlu skim insuran yang di perkenal oleh golongan kapitalis barat yang sengaja ingin mengaut keuntungan diatas kelemahan dan kedhaifan orang lain. Tetapi oleh kerana ajaran Islam ini tidak pernah ditonjolkan maka ajaran baik ini hanya tinggal teori sahaja. Oleh kerana umat Islam tidak ada kuasa untuk melaksanakan segala ajaran Islam secara jama'ie dan berkerajaan. Dan peribadi-peribadi muslim sudah bergitu jauh daripada menghayati ajaran dan akhlak yang ditunjuk oleh Islam. Maka kebaikan Islam tidak dikenali umum.

Par hadirin sekelian,

Berdasarkan hakikat dan suasana sedemikianlah maka kita wajib berjuang untuk mendapatkan kuasa bagi memenuhi tuntutan dan kewajipan sebagai seorang muslim. Akhirnya kita di Malaysia ini kita tubuhkan pasrti Islam (PAS) untuk menjadi wadah perjuangan bagi mendapatkan kekuasaan politik untuk kedaulatan Islam. Untuk mencapai kemenangan didalam sesebuah perjuangan bukanlah satu kerja yang mudah. Ianya bukan sahja memerlukan pengorbanan jiwa dan harta, tetapi juga memerlukan semangat yang iltizam dan kepakaran menyusun serta mengurus organisasi dan strategi perjuangan. Kebenaran yang diperjuangkan sahaja tidak cukup untuk kita mengharapkan kemenangan tanpa perjuangan dan penyusunan gerakkerja yang baik dan teratur. Para sahabat pernah menyebut, yang bermaksud: kebenaran yang tidak ada penyusunan kerja yang baik dapat dikalahkan oleh puak batil yang baik penyusunan gerakkerja dan strategi.

Ini adalah satu hakikat yang mesti kita terima, kita tidak boleh bertahan diatas kebenaran semata-mata. Dan oleh kerana kita benar maka kita mengharapkan pertolongan Allah. Sedangkan dalam masa yang sama kita tidak berbuat apa-apa dan tidak ada perancangan yang baik. Tabiat berjuang dan berorganisasi memerlukan pernacangan pengurusan dan strategi yang sempurna. Segala perkembangan semasa dalam bidang tersebut mesti dipenuhi terlebih dahulu sebelum mengharapkan kemenangan berpihak kepada kita. Kerana sunah Allah terhadap alam ini ialah Allah tidak memberi kejayaan kepada mereka yang tidak berusaha. Nasi didalam pinggan tidak akan masuk kedalam perut setiap orang tanpa ada usaha untuk memakannya.

PAS sebagai sebuah perjuangan Islam hendaklah diurus dan ditadbir dengan baik dan penuh amanah, kalau tidak ia akan lemah dan tidak mampu berhadapan dengan musuh. Para pendokong PAS di semua peringkat hendaklah mengamalkan tabiat pengurusan yang cekap dan berkesan. Lebih-lebih lagi di zaman sains dan teknologi komputer yang telah terbukti banyak membantu mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam pengurusan parti kita. Zaman fail berselerak dan hilang disana sini sepatutnya sudah tidak ada lagi buat masa ini. Kerana semua data-data dan dokumen parti sudah boleh dimasuk dan diprogramkan didalam komputer.

Begitu juga dengan aspek pengurusan kewangan PAS. Dalam soal pengurusan kewangan parti kita tidak boleh mengamalkan amalan-amalan yang sama dengan zaman orang yang simpul punca kain. Zaman itu sudahpun berlalu. Oleh itu pengurusan kewangan parti zaman ini tidak boleh lagi mengurus hal ehwal kewangan secara yang sambil lewa. Mereka mesti menyediakan akaun yang baik, dokumen mengenai keluar masuk wang hendaklah diwujud dan dipenuhi. Wang parti tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya. Setiap sen yang hendak dikeluarkan daripada akaun parti hendaklah dicatit dan dinyatakan sebab ia perlu dikeluarkan.

Sebelum ia dikeluarkan, terlebih dahulu mendapat kelulusan daripada mesyuarat parti, ia tidak boleh dikeluarkan dengan sesuka hati sahaja. Kalau tidak itulah yang menyebabkan berlakunya perselisihan faham didalam parti dipelbagai peringkat samada cawangan atau kawasan. Tuan-tuan semua hendaklah ingat bahawa harta dan pangkat adalah dua perkara yang selalunya meruntuhkan sesebuah perjuangan UMNO tunggang langgang, bergaduh sesama sendiri disebabkan harta dan pangkat. Dan kita bimbang takut-takut orang PAS juga diserang penyakit yang sama dengan UMNO, yang akhirnya menyebabkan kita runtuh. Kita sangat yakin bahawa PAS tidak akan rosak kalau tidak dengan kerenah dan khianat daripada orang dalam PAS sendiri. Antara punca yang menyebabkan orang PAS mengkhianati sesama sendiri ialah kerana keinginan merebut harta dan pangkat.

Kalau qabil dan Habil sanggup berbunuh kerana harta. Kalau firaun dan qarun sanggup melawan para-para Nabi kerana harta dan pangkat, maka perkara yang sama tidak mustahil berlaku dikalangan kita, kalau kita tidak berhati-hati dan berpegang kepada ajaran Islam dengan sebenar-benarnya. Oleh hal yang demikian, saya sangat-sangat mengaharapkan semuga tuan-tuan jagalah perjuangan ini dengan baik, melalui cara mempertingkat lagi keupayaan pengurusan yang berkesan dan amanah.. Semuga dengan demikian, Allah akan memerlukan kekuatan dan keberkatan kepada perjuangan kita berjaya mengatasi musuh-musuh kita dengan baik dan cemerlang.

Sekian wabillahitaufik .