BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Wahai orang yang beriman
barangsiapa diantara kamu yang murtad dari agamanya, maka Allah akan mendatangkan
kepada mereka satu kaum lain yang Allah sayangi mereka dan mereka menyayangi
Allah, mereka bersifat lemah lembut sesama orang yang beriman dan bersikap
tegas dengan orang-orang yang tidak beriman, mereka berjuang dijalan Allah
tanpa rasa takut dan gerun terhadap celaan orang yang suka mencela. Itulah
kelebihan Allah kepada sesiapa yang dikehendakinya. Dan Allah Maha luas
ilmu dan Maha mengetahui.
(SURAH AL-MAIDAH AYAT:
54)
- YB. Pengerusi Jawatankuasa
Pendidikan Islam Penerangan dan Dakwah Negeri Kelantan
- YBrs. Pengarah Urusetia
Penerangan Negeri Kelantan
- Yang Arif Peguam Zulkifli-
selaku penceramah jemputan
- Ahli-ahli Yang Berhormat
- Para Alim Ulama’
- Tuan-tuan dan Puan-puan
sekelian
Alhamdulillah saya bersyukur kehadrat Allah kerana pagi ini kita sama-sama berkumpul didalam dewan ini dengan tujuan berbincang dan mendapat penjelasan mengenai gejala murtad yang sedang melanda umat Islam dinegara ini. Semuga dengan perbincangan dan penjelasan akan membolehkan kita mendapat kefahaman yang jelas dan terang terhadap gejala murtad yang sedang berlaku didalam negara ini. Dengan kefahaman yang jelas ini, sekurang-kurangnya akan menimbulkan rasa keinsafan dan kesedaran betapa gejala ini adalah musuh kita bersama yang perlu ditangani dengan baik dan bersungguh-sungguh. Supaya kaum keluarga dan anggota masyarakat kita tidak terjerat dengannya.
Para hadirin sekelian,
Pada suku yang terakhir
abad yang ke.20 ini, kita dapati sebagai satu jangka masa yang memberi
sinar dan harapan kepada Islam. Dimana dalam tempuh masa suku yang terakhir
ini kita dapati jenerasi muda dari masyarakat melayu telah mula mendekatkan
diri dengan ilmu dan kefahaman Islam yang sebenar, kalau dalam tempuh yang
sama sebelumnya adalah masa yang gemilang bagi pelbagai fahaman ciptaan
manusia seperti komunis, sosialis dan nasionalis. Tetapi segala fahaman
ini telah menghadapi zaman malap dan semakin hilang tempatnya didalam masyarakat
dalam tempuh 25 tahun yang terakhir ini. Kehilangan mereka ini telah diambil
alih oleh Islam. Oleh sebab itu dalam tempuh tersebut kita dapati kebangkitan
dipelbagai peringkat masyarakat bermula dari desa dan kampung hingga ke
bandar-bandar besar dan pusat-pusat pendidikan tinggi telah mula menerima
Islam. Mereka telah mendampingi dan mempelajari Islam serta turut terlibat
didalam menyebarkn Islam kepada orang lain. Hasilnya sangat ketara sekali
dimana pada hari ini secara jelas kita dapat lihat betapa ajaran Islam
telah diperketatkan oleh masyarakat melayu jauh lebih banyak dan lebih
menyeluruh daripada sebelumnya. Kalau kita berjalan kemana sahaja sekarang
ini kita dapati bilangan kaum wanita yang menutup aurat sudah mencapai
kesuatu peratus yang begitu tinggi. Umat Islam telah mula memecahkan kepompong
kefahaman Islam yang sempit kepada satu kefahaman yang lebih luas. Sebab
itu pada hari ini umat Islam sudah mula pandai dan berani menuntut dan
meminta daripada pihak berkuasa dinegeri mereka supaya ajaran Islam perlu
dipeluaskan dalam semua kegiatan hidup bermasyarakat, berekonomi dan bernegara.
Tidak sebagaimana sebelumnya yang hanya terikat kepada beberapa ibadah
khusus sahaja.
Fenomena ini telah mendapat perhatian dan pengamatan musuh-musuh Islam dari Timur dan Barat. Mereka telah memerhati dan memantaukeadaan ini dari masa kesemasa. Akhirnya mereka telah merumuskan satu strategi bagi melemah dan menghancurkan Islam melalui pelbagai cara.
Musuh-musuh Islam terdiri dari tiga pihak iaitu penjajah, orientalis dan zionis telah berkumpul dan bersatu tenaga memikir dan merancang untuk menghancurkan Islam melalui pelbagai cara dan bentuk, antaranya ialah penggunaan mediamasa internate, badan bukan kerajaan, pusat-pusat hiburan dan seumpamanya yang menjurus kearah mengajak masyarakat Islam meruntuhkan akhlak dan keperibadian Islam mereka.
Jenerasi muda Islam secara beransur-ansur dan perlahan-lahan telah diheret melalui pengaruh media masa untuk mengamal satu budaya yang dikenali sebagai budaya serba boleh. Budaya serba boleh apabila dimasukan didalam aspek akidah ia melahirkan golongan yang berpegang kepada tidak ada Tuhan atau tidak ada ugama yang disebut juga sebagai Free thinker. Dan kalau ia dimasukan dalam aspek akhlak dan tingkahlaku, ia melahirkan budaya suka berhibur semata-mata yang dikenali juga sebagai hedonisma kedua-dua budaya ini akhirnya akan meruntuhkan sama sekali akidah Islam yang menjadi pegangan mereka sebelum ini.
Para hadirin sekelian,
Kita umat Islam mempunyai
tanggungjawab dan kewajipan untuk menjaga dan menyelamatkan sekurang-kurangnya
lima perkara yang telah diberi oleh Allah secara semula jadi kepada kita,
iaitu akidah atau ugama, akal, keturunan, harta dan jiwaraga. Kelima-lima
ini adalah fitrah yang ada pada setiap manusia, ia mesti dijaga dan dipertahankan,
kalau tidak, kita tidak layak dipanggil manusia, ataupun kalau di panggil
juga manusia, tetapi manusia tanpa kemanusiaan. Ciri-ciri kemanusiaan hanya
lah ada pada manusia yang mampu mempertahankan kehormatan dan kemuliaan
yang diberikan Allah kepadanya. Islam telah mengajar dan mengarahkan umat
supaya kelima- lima perkara ini dijaga dan dipelihara dengan baik.
Murtad adalah perbuatan meninggalkan agama yang bertentangan dengan ajaran Islam seperti yang di sebut tadi, oleh kerana itu ia mesti ditentang dan dihalang supaya ia tidak berlaku. Murtad ialah satu benda buruk yang mesti dilawan, samada ia memberi kesan kepada orang lain atau tidak itu soal lain. Tetapi perbuatan murtad itu sendiri adalah satu perbuatan yang buruk yang mesti ditentang. Murtad seperti kegiatan jenayah yang lain yang mesti dibendung dan dihapuskan. Haramnya murtad seperti juga zina, begitu juga undang-undang mewajibkan pakai topi keledar. Asalnya undang-undang dibuat bagi mengelak kematian apabila berlakunya kemalangan jalanraya. Apabila undang-undang dikuatkuasa ia tetap dianggap salah jikalau tidak pakai tanpa merujuk samada berlaku kemalangan atau tidak. Begitu juga dengan arak, ia haram dan tetap haram walaupun sedikit dan tidak memabukan dan tidak mengacau oranglain. Masalah murtad adalah masalah kita bersama, ia bukan masalah peribadi orang yang murtad atau keluarganya sahaja, seperti dalam kes yang berlaku kepada Siti Aishah dan keluarga Hj.Bukhari, ia adalah masalah masyarakat dan negara umat Islam.
Kegiatan murtad ini kalau dibiarkan berleluasa, ia akan menimbulkan kemurkaan Allah kepada seluruh umat manusia dari masyarakat tersebut. Sebab itu Allah menyebutkan didalam al-Quran yang dibacakan dalam mukadimah tadi. Bahawa apabila sesuatu kaum yang beriman itu murtad, maka Allah akan ganti dengan kaum yang lain, penggantinya satu kaum dengan satu kaum yang lain bukanlah satu proses yang mudah dan senang. Ia bukanlah sahaja mengambil masa yang panjang, tetapi terpaksa mengalami penderitaan dalam kehidupan sementara untuk hilang dan lenyap dari permukaan dunia. Kalau tidak keterlaluan barangkali kita boleh ambil contoh umat Islam diRusia.
Sewaktu Rejim kominis Rusia berkuasa, kebanyakan umat Islam yang ada didalam negara mereka terpaksa murtad dan menerima fahaman kominis. apabila Rejim kominis itu runtuh dan umat Islam bangkit semula, berlakulah penghapusan etnik secara berbunuhan beramai-ramai seperti yang berlaku di Bosnia dahulu dan di Kosovo sekarang. Keadaan yang seumpama ini sudah tentu amat menyiksakan, tetapi inilah balasan Tuhan seperti yang dijanjikan melalui al-Quran.
Para hadirin sekelian,
Orang yang murtad pada asalnya
ialah orang Islam. Mereka sudah pernah merasa nikmat beriman kepada
Allah, mereka sudah dapat nikmat hidup bermasyarakat, berumahtangga dan
nikmat daripada halal haram yang telah diamalkan oleh Islam. Oleh sebab
itu apabila mereka masih lagi memilih untuk murtad walaupun sudah faham
dan beramal dengan Islam, ini menunjukan bahawa kejahatan dan kebuasan
nafsu dalam diri mereka sangat kuat. Oleh hal yang demikian golongan seperti
ini patut sangat di hukum dengan hukuman yang berat seperti dibunuh.
Ini berlainan sekali dengan
orang yang belum beriman. Mereka tidak boleh di hukum dengan keras sebagaimana
yang dikenakan keatas orang murtad. Bahkan mereka perlu dipujuk, dibuat
baik dan dinasihat supaya menerima Islam kalau mereka tidak
mahu menerimanya hukuman tidak boleh dikenakan keatas mereka sewenang-wenangnya.
Hal ini sama dengan orang yang berzina. Hukuman ke atas orang yang berzina
yang sudah kahwin yang disebut muhsin. Hukumannya lebih berat berbanding
dengan penzina yang tidak muhsin.
Para hadirin sekelian,
Dalam kegawatan ekonomi
yang berlaku sekarang. Ada orang bimbang bahawa kegawatan ini boleh menyebabkan
manusia menjadi miskin. Dan dengan kemiskinan tersebut boleh menjadikan
manusia murtad kerana ada hadis yang bermaksud, akan tetapi kita
tidak harus lupa kekayaan ini kadang-kadang menyebabkan kita menjadi taghut.
Ini bermakna bahawa murtad ini adalah satu gejala yang boleh berlaku samada
dalam keadaan kita senang ataupun kita susah. Apa yang penting kepada kita
bukanlah kekayaan dan kemiskinan. Sebaliknya adalah tanggung jawab kita
untuk menjaga dan membendung sebarang anasir yang boleh membawa kepada
merebaknya gejala tersebut. Antara tindakan yang patut diambil ialah mempertegakan
hukuman yang telah ditentukan oleh Islam terhadap sesiapa sahaja yang terlibat
dengan gejala ini. Smentara api murtad itu masih kecil dan masih mudah
untuk dipadamkan, maka kita tidak boleh boleh lagi berdolak dalik dan bermain-main
denganya, kalau tidak apabila sudah menjadi besar, sudah tentu kita tidak
ada kemampuan lagi untuk mengatasinya.
Kita sepatutnya mengambil pengajaran dari peristiwa-peristiwa dan kesilapan-kesilapan yang lalu. Diwaktu umat Islam masih banyak bilangan dinegara ini, kedudukan Islam dan perundangan kita buat sambil lewa sahaja, apakah soal dalam murtad ini sikap yang se demikian hendak kita lakukan? Oleh hal yang demikian seluruh umat Islam di negara ini hendaklah mengambil bahagian dan memainkanperanan supaya kita benar-benar mampu menjadi tenaga penggerak agar gejala murtad ini benar-benar diambil perhatian dan tindakan undang-undang yang sewajarnya seperti yang diajar adalah kejayaan Islam dan kegagalannya pula adalah satu bencana kepada umat Islam di negara ini. Sementara masa dan waktu masih ada, dan Allah memberi peluang ini sepenuhnya semuga kita tidak termasuk didalam golongan yang dimurkai olehNya.
Sekian.