GERAK
Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia
 
          PENGISYTIHARAN
     MAJLIS GERAKAN KEADILAN
        RAKYAT MALAYSIA
       (GERAK)
 
       Menyedari fenomena keadilan sedang dicabuli dan rakyat kini sudah mula
     mempersoalkan kebebasan kehakiman dalam proses keadilan negara,
      Menyedari gejala penyalahgunaan kuasa oleh pihak berkuasa untuk menyekat
     kebebasan bersuara dan mempertahankan diri melalui hak yang dijamin oleh
     undang-undang kini cukup berleluasa sehingga penangkapan yang dibuat secara tidak
     bertamaddun,
      Menyedari krisis dan kegawatan politik negara kini sedang dilanda secara paling
     serius sehingga menafikan hak menyuara dan mendengar dari kalangan rakyat, dan
      Menyedari pemerintah hari ini menuju kepada kezaliman dan ketidakadilan, menyedari
     bahawa krisis ekonomi kini menimbulkan krisis politik dan krisis sosial/moral yang
     sangat serius.
      Maka kami yang tersenarai di bawah ini bersetuju membentuk satu Majlis Gerakan
     Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) dengan objektif berikut:
      1.Mengembeling seluruh tenaga rakyat untuk menegakkan keadilan dan
          menentang kezaliman
        2.Memastikan agar institusi pemerintahan terutama mahkamah, polis dan
          media tidak diperalatkan untuk menekan serta menakutkan rakyat dan
          menyebar fitnah
            3.Menggerakkan potensi rakyat untuk mengembalikan keadilan yang asasi
 
Bagi mencapai objektif-objektif tersebut :
a.GERAK menuntut kerajaan khususnya instrumen perundangan agar tidak
     disalahgunakan bagi menghalalkan segala tindakan ke atas mereka-mereka yang tidak
     sealiran dengan pemerintah.
      b.GERAK juga menyesali unsur dan gejala fitnah yang berleluasa berlaku dalam
     percaturan politik sekarang ini sehingga mengakibatkan maruah agama dan adab
     kesusilaan rakyat Malaysia terjejas.
                    c.GERAK menuntut supaya mereka yang ditahan di bawah ISA dibebaskan tanpa syarat
     atau pun dihadapkan ke mahkamah terbuka.
           d.GERAK menegaskan serta mendesak dengan sekeras-kerasnya agar ISA segera
     dihapuskan memandangkan akta ini sedang berleluasa menindas hak rakyat untuk
     mendapat keadilan.
                   e.GERAK mendesak pihak kerajaan agar memastikan semua tahanan ISA tidak dianiaya
     melalui penggunaan apa-apa kaedah yang melibatkan seksaan fizikal, tekanan
     saikologi, mahu pun bahan kimia yang boleh mendera tahanan untuk membuat
     pengakuan secara paksa atau dalam keadaan yang tidak disedari.
            f.GERAK menuntut supaya kerajaan memberhentikan serta merta operasi menahan
     individu rakyat di bawah ISA.
              g.GERAK mendesak supaya badan kehakiman dan media dijamin kebebasannya agar
     tidak diperalatkan oleh mana-mana pihak yang boleh mencabuli perlaksanaan prinsip
     perundangan dan keadilan untuk semua.
            h.GERAK menggesa pihak polis menjalankan tugas secara prfessional, beretika dan
     sera tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak dalam melaksanakan tugasnya.
 
DATO HAJI FADZIL MOHD NOOR
Pengerusi GERAK

email kami