KENYATAAN USTAZ AHMAD AWANG  YDP PERSATUAN ULAMA       MALAYSIA (PUM)

GERAK dan Isu Datok Sri Anwar Ibrahim

1. Pendirian GERAK mengenai isu Datok Sri Anwar Ibrahim sudah berkali-kali ditegaskan bahawa  penubuhan GERAK bukanlah kerana nak membela Datok Sri Anwar Ibrahim, tapi adalah untuk  menentang ketidakadilan dan kezaliman pihak berkuasa terutama tindak-tanduk PM.

GERAK menentang habis-habisan ISA dll. tindakan undang-undang yang bercanggah dengan prinsip keadilan dan hak rakyat dalam sebuah negara demokrasi.

GERAK  bukanlah lanjutan reformasi Datok Sri Anwar Ibrahim bahkan
GERAK tidak inginpun terlibat dengan demonstrasi dan reformasi namun begitu
GERAK melihat tindakan  pihak berkuasa terhadap mereka yang berdemonstrasi (secara  aman) (khususnya FRU) adalah mengenepikan hak  rakyat bahkan mencabuli   prinsip keadilan. Demikian juga mereka juga yang  mendokong reformasi  adalah melaksanakan hak-hak kebebasan mereka,
kerana itu GERAK melihat  tindakan pihak berkuasa menahan mereka yang  terlibat dengann reformasi  adalah satu kezaliman, lebih-lebih lagi GERAK menyatakan keperihatannya apabila mereka yang memang tidak langsung terlibat  dengan  reformasi atau apa-apa tindakan politik menyokong Datok Sri Anwar  Ibrahim turut juga disoal siasat dan diberi amaran bahawa mereka juga boleh  ditahan dibawah ISA. Alasan pihak polis bahawa  kononya  kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pihak tertentu (contohnya kenyataan  PUM) yang hanya menyatakan hukum syarak dan pendirian PUM  yang  tidak  mahu   terlibat dengan  reformasi , masih boleh ditafsirkan sebagai menghasut  rakyat utk. menentang kerajaan atau sekurang-kurangnya ditafsirkan sebagai hujah yang  menguntungkan reformasi. Kerana kenyataan inilah YDP PUM  sendiri telah dipanggil ke Bkt. Aman setelah berkali-kali di"temubual" oleh pihak  SB dipejabat PUM.

2. Yang paling terbaru ditahan dibawah ISA ialah Sdr.Hj.Saari  Sungib, Presiden JIM.   PUM & GERAK berharap ISA tidaklah digunakan lagi dalam menghadapi kegawatan politik UMNO akibat pemecatan Datok Sri Anwar  Ibrahim. Walau bagaimanapun GERAK  mereruskan pergerakannya
memandangkan prinsip-prinsip pengadilan (khususnya   dlm isu Datok Sri Anwar  Ibrahim) banyak yang  dilanggar.Contohnya peguambela-peguambela  berkenaan  diugut oleh pihak polis atau dihalang dengan berbagai-bagai cara  untuk   mendapatkan maklumat dari anakguamnya. Begitu juga semua org. patut tahu bahawa seseorang yang  tertuduh tidak boleh dihukum bersalah  sebelum ia
disabitkan "guilty" oleh mahkamah sedang kan yang dapat  disaksikan oleh media  selama ini seolah-olahnya Datok Sri Anwar Ibrahim sudah disabitkan  bersalah terutama dlm tuduhan berkaitan dengan salah laku seks. Bahkan  tidak  sepatutnya pun PM mengandaikan Datok Sri Anwar Ibrahim melakukan sendiri kecederaan  keatas tubuhnya kerana perkara ini sedang dalam  penyiasatan dan
berkait  dalam  proses pengadilan dan ini bercanggah dengan  prinsip keadilan apatah  lagi dilihat dari perspektif Islam.

3. Lebih malang lagi rakyat tidak dapat mengetahui atau utk. berfikir  sendiri kerana banyak fakta-fakta  yang  patut diketahui oleh org. ramai tidak  dapat disebarkan oleh media kerana media hanya membuat sesuatu  mengikut kepentingan pihak berkuasa, sebab itu org. spt.keluarga sdr.  percaya saja apa yang  disebarkan oleh media terutama TV. Inilah  diantara keadilan yang
diperjuangkan oleh GERAK melalui "roadshownya".  Kerana takutkan rakyat memahami kezaliman yang   didedahkan oleh GERAK  maka GERAK sendiri amat sukar mendpatkan permit utk. berhimpun, malah  pada hari ini pihak polis di Alor Star tidak membenarkan GERAK   mengadakan solat hajat dan membaca Yassin beramai di Muasasah Darul  Ulum, Pokok Sena, apakah ini
bukan satu kezaliman yang  melampau???

HJ.AHMAD AWANG
YDP PUM

- end -

Teringat teman akan peristiwa di sebuah institusi pengajian tinggi (memang tinggipun sebab terletak di atas bukit) di Shah Alam.  Mana-mana kenderaan staff yang didapati menampal sticker"REFORMASI", di"nasihatkan" membuangnya.  Ini adalah kerana KONONNYA akan mempengaruhi pemikiran pelajar-pelajar.  Manakala, ada pula seorang ketua salah satu program di institusi itu, melarang mana-mana kenderaan bersticker "REFORMASI" diletakkan di dalam kawasan institusi berkenaan.  Seandainya mentaliti ini berterusan (takut tak bertempat), teman yakin institusi ini tidak akan MARA sebaliknya ... apa nama .. UNDUR.

Mengenai solat hajat pula, sekiranya dahulu Dr. Yusof Nor menyarankan agar mendoakan kesihatan pemimpin, pemulihan ekonomi bla...bla..bla (nak berdoa pun kena baca skrip depa ke?), la ni kena minta permit pulak? Mari kita ramai-ramai pakat solat hajat (agar diberikan permit)...tersenyum.

Seterusnya, sebagai saranan, janganlah kita terlalu kemaruk menghentam peribadi (kawan atau lawan).  Hal ini tidak akan ada penamatnya. Masing-masing ada sejarah tersendiri samada baik atau buruk.  Tidak semestinya seseorang yang jahat 10 tahun lalu akan berkekalan menjadi jahat seumur
hidupnya.  Perhatikan Sayyidina Umar.  Seandainya kisah lampau beliau sebelum keislamannya yang diperincikan, maka (secara logiknya) beliau tidak patut menjadi khalifah.

Islam mewajibkan KEADILAN diberikan kepada kawan dan lawan.  Amat senang bagi kita untuk memberikan keadilan kepada kawan tetapi amat payah untuk diberikan kepada lawan.  Inilah antara kesempurnaan Islam yang meratakan keadilan kepada semua manusia (dan bukan manusia).

Yang dipertikaikan adalah kepincangan/kezaliman didalam menangani sesuatu peristiwa, dalam hal ini permulaannya adalah pemecatan DSA.  Antara asas pertikaian adalah:
 

- Fitnah yang dijadikan sandaran semata-mata
- Fitnah yang diapi-apikan tanpa dibendung (peranan media)
- Kekangan terhadap pihak yang dituduh untuk membela diri
- Bukti tanpa kesahihan
- Kesaksian yang amat rapuh dan meragukan
- Pengakuan (e.g Sukma dan Munawar) yang penuh dengan unsur kesamaran
- Kebebasan masyarakat umum dan guaman yang dicerobohi
- Keselamatan tahanan yang tidak terjamin

dan lain-lain perkara luar biasa lagi.  Sekian.

"keadilan juga dicerminkan di dalam sikap yang memihak kepada yang benar, bukannya terus-terusan bersikap berkecuali meskipun ketika apa yang benar dan palsu itu ternyata sudah jelas." - Profesor Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas