From: "Nina "

A desparate attempt to convince the people of his actions, which simply
discredit his credibility as the no. 1 person further. Below, an account of an
observer at Kubang Pasu, "PM's stronghold"????.
"Laporan Khas di Kubang Pasu, Kedah.
     Laporan oleh Pemerhati

     Kubang Pasu, 2/10/98 - Agenda 'Sepetang Bersama Perdana Menteri'
yang berlangsung di Dewan Orang Ramai Jitra, Kedah mendapat sambutan
yang  memilukan. Dewan Orang Ramai yang disediakan kerusi itu masih
kelihatan  tidak  seperti satu majlis untuk mendengar penjelasan,
sebaliknya seperti      majlis yang lebih  kepada 'majlis paksaan untuk
mendengar'.
     Seramai tidak sampai 2000 orang menghadiri majlis penerangan
mengenai isu politik negara yang dipengerusikan oleh Osman Arrof.
Kebanyakannya yang hadir terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan kelas
atasan dan juga jawatakuasa-jawatankuasa masjid yang diwajibkan hadir
jika ingin
mengelakkan diri dari dikenakan tindakan tatatertib.
     Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan kemudiannya Osman Arof
menyampaikan agendanya membela Perdana Menteri yang mendapat tepukan
yang agak lesu, hanya bahagian hadapan sahaja yang bertepuk. Majlis
seterusnya diserahkan kepada  menteri besar Kedah, Sanusi Junid yang
dalam ucapannya menyampaikan cerita  tauladan mengenai kisah musang dan
harimau yang nyata tidak menarik perhatian  orang ramai. Beliau lebih
berdegar-degar menyatakan bahawa agenda yang
dibawa   oleh Anwar merupakan agenda untuk menjatuhkan kepimpinan
Perdana Menteri yang      disayangi oleh rakyat dan rakyat tidak
merelakan cara ini, yang seterusnya lansung tidak mendapat tepukan. Di
sebalik itu, kelihatan agak ramai yang sudah mula melelapkan mata
termanggu-manggu keletihan, mungkin sebab kerusi yang disediakan agak
selesa.
     Agenda seterusnya diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Dr.
Mahathir.Permulaan ucapannya dibicarakan tentang ekonomi dan apa yang
telah kerajaan  laksanakan kepada rakyat seperti jalan raya dan jalan
raya dan jalan raya (tidak diketahui mengapa jalan raya menjadi agenda
bukti pembangunan negara).Dengan suaranya yang agak lemah dan lesu dia
meneruskan hujahnya bahawa
sebagai perdana menteri, dia layak memecat dan melantik sesiapapun yang
dia mahu. Dengan    memberi contoh bahawa seblum ini telah ramai yang
telah dipecat dan meletak  jawatan, dia mengatakan bahawa Anwar tidak
dapat menerima ini dengan aman seperti mana orang lain yang menerima
nasib yang sama.
    Mahathir berulang kali menyatakan bahawa Anwar kecewa dengan keadaan
ini dan seterusnya
mencetuskan huru-hara dan sekaligus menyatakan bahawa Anwar enggan
diadili di mahkamah.
     Pernyataan Anwar mencetuskan huru-hara dan enggan diadili ini
berulang-ulang kali diucapkan.
     Saya melihat beberapa orang dari dalam dewan sudah bangun
meninggalkan dewan. Mahathir meneruskan penjelasannya bahawa Anwar
merupakan seorang yang bijak dengan menggunakan agama Islam untuk
mendapat simpati dan sokongan rakyat walhal dia sebenarnya adalah
perosak agama. Pelbagai lagi hujah-hujah penjelasan Mahathir diberikan,
tetapi untuk menghalang orang meninggalkan dewan, tidak sekali.
     Boleh dibuat kesimpulan bahawa perjumpaan untuk memperjelaskan isu
Anwar ini lansung tidak mendapat perhatian masyarakat di daerah Jitra
dan Kubang Pasu amnya. Orang-orang muda dan peringkat pertengahan umur
lansung tidak menunjukkan muka di hari berkenaan. Yang ada hanyalah
mereka yang terdiri daripada pegawai-pegawai atasan kerajaan dan juga
AJK masjid serta YB
dan dif-dif  kehormat.
Di mana sokongan masyarakat setempat kepadanya? Hari ini saja telah
menyaksikan bahawa tidak sampai 2000 orang menghadirinya. Peratusan yang
datang kerana wajib adalah melebihi dari separuh dewan. Yang lain
terdiri daripada wakil-wakil akhbar dan juga polis serta bodyguardnya.
     Di mana taring Mahathir di kawasannya sendiri? Sepatutnya 'hero'
akan disambut oleh ribuan orang yang akan menyesakkan jalan raya. Ini
tidak. Jalan begitu lapang. Kenderaan yang parking di kiri kanan jalan
juga terdiri dari kenderaan yang mewah-mewah, nyata sekali bukan
kenderaan orang kampung. Bagaimana dengan motorsikal? Cuma ada sikit
saja. Penjual air? Lansung tak surut airnya.
     Bila ditanya kepada penduduk-penduduk kubang pasu yang tak
menghadirinya samada mereka      tidak mendapat maklumat atau tidak,
mereka katakan bahwa mereka telah mendapat maklumat lama dahulu lagi
tetapi enggan untuk menghadiri. Kalau Anwar bisa menyesakkan Dataran
Merdeka dan Mesjid Negara dengan siri Penjelasannya,  mengapa ini tidak
berlaku pada Mahathir? Kalau GERAK yang diadakan di dalam Dewan PAS
Taman Melewar mendapat sambutan sehingga berpuluh-puluh ribu orang dan
melimpah keluar sepanjang jalan, mengapa sambutan Mahathir di Dewan
Orang  Ramai Jitra tidak sampai dua ribu atau tidak keterlaluan kalau
dikatakan tidak sampai  seribu dan diluar kelihatan seperti dilanggar
geruda?
Kubang Pasu adalah kubu kuatnya! Dan ini tidak boleh berlaku seandainya
dia dianggap PEJUANG
nasib rakyat di kawasannya!
     Apa sudah jadi? Mahathir kehilangan taring? Saya dapat lihat dengan
jelas tentang penyokong dan pendokong Mahathir, tidak lain dan tidak
bukan adalah terdiri daripada orang yang berkepentingan sahaja. Kalau
dulu saya hanya mendengar cakap-cakap  dan hujah-hujah, hari ini saya
melihat dengan mata dan kepala saya sendiri...
     MAHATHIR SUDAH HILANG PENGARUH!!
     Di mana lagi ingin dia meminta simpati jika tidak di tempat
sendiri? Tetapi nampaknya  rakyat sudah mula hilang kepercayaan padanya.
Trajedi di Kubang Pasu menjadi bukti  bahawa rakyat telah mual dan muak
dengan senda gurau dan lakonannya selama ini.
     Mahathir, jika kau membaca ruangan ini, ambilah iktibar dari
trajedi di Kubang Pasu ini, akurlah pada permintaan rakyat, berundurlah.
Kerana sudah tiada sokongan  untukmu!
     Pemerhati, Alor Setar, Kedah."

TERIMA KASIH PENGIRIM
KOMENTAR