Jawapan seorang maula islam kepada REMY NORDIN yang MENGKRITIK SEMUA WEB
MASTER
Nama saya Muhammad bin abdullah,saya seorang mualaf(masuk islam)
islam 11 tahun yang lalu (saudara webmaster boleh edit ruangan di atas)
                                                                         TERIMA KASIH DARI KOMENTAR

saya inigin mengingatkan saudara Remy Noordin,kepada ayat al quran ini.

firman Allah swt dalam surah Al-A'la ayat 16 - 17,

terjemahan
"bahkan kamu mengutamakan kehidupan dunia sedangkan kehidupan diakhirat
adalah lebih baik
lagi lebih kekal"

benarlah firman Allah swt.

Saudaraku Remy Nordin kamu telah membelakangkan tuntutan agama kamu bila
kamu menyuruh
orang yang mempesoalkan keadilan itu berdiam diri dan membiarkan
ketidakadilan berleluasa.anda
lebih mementingkan soal makan dan pakaian dari aqidah,mana letaknya
proriti anda.
 

firman Allah swt dalam Al Quran surah al-taubah ayat 41.

"Dan berjihadlah kamu dengan harta benda dan jiwa raga kamu pada jalan
allah,yang demikian
adalah lebih baik bagi kamu seandainya kamu mengetahui."

benarlah firman Allah swt.

Jenis jenis jihad didalam islam.

1)jihad terhadap diri sendiri(jihad unnafsi)
2)jihad menentang bujukkan syaitan dan iblis.
3)jihad bagi menegakkan kebenaran dan menentang kezaliman termasuk amal
makruf dan nahi
munkar.
4)jihad menentang musuh agama islam.

jihad yang dilakukan oleh para reformist di malaysia ialah jihad jenis
ketiga:

jihad menegakkan kebenaran dan menentang kezaliman,itu adalah hak mereka
dan tidak ada siapa
pun di muka bumi ini boleh menidakkan hak mereka sebagai seorang
islam,malah ia dituntut oleh
agama islam.Mereka bagi saya adalah mujahiddin Cyber yang menetang
Mungkar dan Kezaliman dengan
cara mereka yang canggih dan serba moden.
 

Saudara ku Remy diperingkat Ini saya ingin membawa pengetahuan saudara
kepada kewujudan ayat
ini didalam Al Quran.Surah al-baqarah ayat 85 berbunyi

"Adakah kamu mempercayai sebahagian dari kitab dan tidak mempercayai
sebahagian yang lain,
maka dengan itu tidak ada balasan bagi orang yang berbuat demikian
dikalangan kamu melainkan
kehinaan di dalam kehidupan di dunia ini dan pada hari kiamat nanti akan
dicampakkan mereka
ke dalam sepedih pedih azab dan tidaklah Allah sekali kali lalai dari
apa yang kamu kerjakan"

benarlah firman Allah swt.
 

Sengguhnya orang orang yang beriman itu adalah bersaudara,dan menerima
tuduhan zina(liwat) tanpa
4 orang saksi yang amanah,adalah perbuatan munafik dan bertentangan
dengan hukum syariah islam.

saya merasa sedih melihat sebahagian besar umat islam di malaysia
melakukan kekufaran dengan
menerima sebahagian hukum dan menolak dengan terang terang sebahagian
hukum syariah islam atas
nama korban demi mengejar kemajuan dunia.

ya benar islam tidak meminta kita menjadi orang yang mundur dan
ketinggalan dari segi duniawi,
tetapi pada masa yang sama membelakangkan hukum agama adalah satu
perbuatan yang amat keji dan
hina disisi Allah swt.Kita perlu mencontohi para Kalifah Islam yang
telah membawa umat islam
arab dari zaman jahilah ke zaman kegemilangannya,adakah mereka
melakukkan dengan membuang hukum
agama islam.Tidak mereka mengejar kemajuan yang selaras dengan tuntutan
agama dimana pembagunan
rohaniah selari dengan pembangunan material.

kita perlu mengambil contoh dari para sahabat rasul yang menjadi kalifah
selepas kewafatan
rasullah saw.itulah kepimpinan yang dituntut oleh umat islam malaysia.

Saya yakin dengan perjuangan reformasi kerana saya percaya:

1)undang undang ISA ialah undang undang yang tidak selaras dengan Islam
dan patut dihapuskan
samasekali dari buku undang undang malaysia.

2)Media di malaysia telah menjadi lidah yang membawa fitnah.

3)Orang bernama islam dimalaysia yang menentang undang undang islam
ialah munafik dan patut
dipulau(boykot).

4)Para pejuang reformasi tidak perlu membuang masa menunjuk
perasaan.Guna saluran Undang undang
yang ada secara sah ,saman TV3,RTM 1 DAN 2,NTV7,BERITA HARIAN,UTUSAN
MALAYSIA,THE STAR,NEW
STRAITS TIMES,METRO,THE SUN DAN LAIN MEDIA DI MALAYSIA.Kerana menyebar
fitnah yang belum terbukti
dengan cara tidak lagi perlu orang ditangkap dibawah undang undang
ISA.Saya sarankan keluarga
Saudara seagamaku Anwar Bin Ibrahim menyaman malu kesemua media di
malaysia.

Sila gunakan akal anda dan bukan kemarahan anda dalam menegakkan
keadilan .Kalau tidak percaya
kepada sistem mahkamah di malaysia,ada mahkamah dunia,queen council dan
U.N.

Allah Swt menyukai orang yang mengunakan ilmunya untuk kebaikkan.dan
akan menhindar orang sebegitu
dari menjadi seperti saudara REMY NORDIN yang terpaksa mementing perut
lebih dari aqidah.

saya ingin soal encik REMY NORDIN "Adakah anda sanggup makan
anjing,meliwat,berzina dengan ibu
sendiri,maka ketahuilah saudara REMY NORDIN perbuatan anda mementingkan
perut lebih dari aqidah
adalah lebih teruk dari ini.

Dan menjawab soal qada dan qadar dari saudarku REMY NORDIN "Kita terima
dan redha..sekiranya
kita berfikiran waras dan saksama serta menggunakan akal yang
dikurniakan dengan betul."

saudara Remy sedar ke Allah swt tidak mengubah nasib sesuatu kaum selagi
kaum itu tidak berusaha
mengubah nasib mereka.
 

saudara remy juga berkata dalam e-mailnya"Tindakan saudara-saudara
adalah satu
tindakan yang bodoh dan low mentaliti, saudara-saudara telah menjadi
barua yang tidak
bergaji tetapi cari penyakit. Dimana penyakit yang anda cari ini akan
menyusahkan diri saudara-saudara sendiri serta keluarga, anak-anak serta
masa depan."

Gaji kami dibayar diakhirat nanti dan saya yakin kedudukan ekonomi saya
lebih kukuh dari
saudara Remy kerana saya tidak bimbang Hilang mata pencarian kerana bagi
saya rezeki dari
Allah swt,bukan dari usaha kita semata mata.Jihad memmerlukan
pengorbanan saudarku.

Cara saudara Remy mengunakan ayat ayat ini "bodoh dan low mentaliti"
mencerminkan mentaliti
saudara Remy.Minta maaf tetapi itulah kenyataan.

saudara seagamamu.

Cutmarks: --