Dari: Remy Nordin binawe@hotmail.com
Kepada : mzakimy@rocketmail.com
CC: hh_98@hotmail.com


Pihak komentar telah merima CC copy dari Saudara Remy Nordin at binawe@hotmail.com berikut adalah email beliau dan pihak komentar akan cuma membalas sebaik mungkin tanpa memanggil sesaorang itu bodoh tanpa sebab dan penilaian saksama. Sebenarnya pihak komentar tidak perlu membalasnya tetapi oleh kerana kita cuba mengamalkan sistem kebebasan bersuara maka kami siarkan dengan komen komen kami.


 

Apa khabar saudara sekalian...
Saya telah melayari laman web yang telah saudara cipta dari satu
perasaan yang tidak ketahuan, emosional dan lucu.Saya sebenarnya tidak
memihak kepada sesiapa kerana Allah yang telah menentukan qada &
qadar ini. Kita terima dan redha..sekiranya kita berfikiran waras dan
saksama serta menggunakan akal yang dikurniakan dengan betul.

Komentar
Alhamdulilah sihat adanya. Pada asasnya pihak kami tidak mengetahui laman mana yang dilayari oleh saudara tetapi bagi kami semua laman adalah dicipta untuk menyuarakan pendapat masing masing berhubung dengan pergolakkan politik dewasa ini.

Alhamdulilah kita dapat lihat adanya persamaan antara kepercayaan kita perihal hukum qada & qadar dan akan kebesaran kuasa illahi.  Dengan kepercayaan kepada tuhan dan anugerah akal yang  ini lah maka kami sedaya upaya cuba mengerakkan pemikiran  kami sejauh mungkin dengan izin NYA.

Entah, apa sebenarnya yang merasuk fikiran saudara, syaitan dan iblis
mana yang meresapi hati saudara sehinggakan saudara-saudara jadi dungu,
pendek akal dan buta hati dalam menilai aspek cara yang benar menangani
permasalahan.

Komentar
Insyallah tidak syaitan ataupun iblis yang meresapi hati kami dengan izin Allah, dan kami tidak buta malah kami percaya kami peka kepada keadaan sekeliling Kami cuba sedaya upaya dalam usaha menyuarakan pendapat kami dan pendapat ramai dalam salah satu media yang ada iaitu laman web.
Sesungguhnya kami berdoa agar Allah mengampunkan dosa kami dalam usaha kami menuntut kebenaran , keadilan buat negara yang kami sayangi.

Tindakan saudara-saudara adalah satu tindakan yang bodoh
dan low mentaliti, saudara-saudara telah menjadi barua yang tidak
bergaji tetapi cari penyakit. Dimana penyakit yang anda cari ini akan
menyusahkan diri saudara-saudara sendiri serta keluarga, anak-anak serta
masa depan.

Komentar

Hairankan bagi sesaorang yang percaya akan qada & qadar dan berserah kepada Allah dalam apa hal sekali pun menggunakan perkataan perkataan barua dan menghukum kami sebagai bodoh , low mentaliti sedangkan apa yang kami usahakan adalah untuk sistem keadilan dilaksanakan dan mereka yang tidak sahih kesalahan nya di bebaskan atau dibawa kemuka pengadilan dengan segara.

Saya hairan kenapa saudara-saudara begitu rapuh penilaian dan
mempamerkan kenyataan-kenyataan bodoh dan ternampak dengan jelas satu
cerita jenaka yang direka dengan emosi kemudian dipamirkan kebodohan itu
untuk tatapan ramai dan saudara-saudara menjadi barua untuk menyampaikan
kebodohan itu.

Komentar

Penilian dibuat dan hak kepada pembaca untuk menilaikan kerapuhan atau kebenarannya. Membuat  tuduhan sesaorang itu bodoh jelas menunjukkan ketinggian/kerendahan  peribadi dirinya sendiri dan tahap ketinggian/kerendahan tahap pemikiran nya.

Saya kurang pasti indentiti saudara, tetapi saya percaya saudara-saudara
sebenarnya golongan terpelajar dan bijak (dari cara saudara membentuk
h/page) dan tahu menilai yang sebenarnya cara konflik ini diselesaikan.

Komentar

Terima Kasih atas pujian dan celaan Saudara dan dari sini jelas pula terlihat bahawa emosi saudara turut memain peranan dalam saudara menulis artikel ini. Apakah tuduhan bodoh,barua  menggunakan emosi, mentaliti rendah, dihasut syaitan dan iblis  dalam menulis kelihatan pada diri sendiri. Bukan niat untuk menggunakan perkataan tersebut tapi sekarang memberi penjelasan. Saudara sendiri lah menilaikan nya.

Untuk pengetahuan saudara, saya juga keliru dan ada perasaan memberontak
dalam kes ini, berbagai spekulasi,sangkaan, tuduhan dan kesimpulan
timbul. Kekadang terpanggil untuk menentang dan adakala ada
kebenaran terhadap tuduhan.

Komentar

Dapat dirumuskan dari sini bahawa saudara sendiri keliru dan ada perasaan memberontak( jauhilah).Kami tidak memberontak cuma menyuarakan pendapat termasuk pendapat saudara.
(Statement Bergaris)
Dari sini saudara juga akur ada kebenaran dalam apa yang ditulis oleh saudara saudara kami yang membina laman tersebut. Alhamdulilah.
 

Tetapi cara penyelesaian saya yang terbaik
ialah perhatikan dan terima keputusan yang diambil  oleh pihak tertentu.
Tak perlu bersesak-sesak bereformasi, mengarang cerita-cerita bodoh dan
kurang waras, membuang masa mencari pasal yang tak ketahuan punca.
 

Komentar

Apakah memperhatikan dan menerima apa saja keputusan jalan terbaik? Tidak kah kita perlu menggunakan tenaga,akal yang diberi oleh ALLAH yang menentukkan kebaikan pada diri ,agama dan bangsa? Apakah tidak perlu kita berusaha? Apakah kejahatan didunia ini kita biarkan sahaja untuk ALLAH mengambil tindakan keatas mereka? Dan kira nya begitu kenapa diturutkan ALLAH hukuman dunia yang perlu diambil oleh manusia keatas manusia lain sekiranya sahih kesalahan sesaorang. Dan sekali lagi saudara menuduh bahawa kita kurang waras(emotional statement I must saya). Dan disebut juga cerita cerita bodoh oleh kami yang sebelum ini saudara sendiri akur akan adanya kebenaran .(rujuk statement saudara terdahulu yang kami gariskan)
 
 

Saudara-saudara tak perlu jelaskan lagi keaadaan sebenar berlaku
terhadap Anwar,tuduhannya, penahanannya, kecederaannya, tindakan tegas
polis dan FRU, saksi-saksi, pendapat-pendapat alim ulamak dan gerakan
reformasi. Saya telah baca berbagai-bagai arikel, risalah, akhbar,
majalah, surat-surat layang, petikan ucapan, laman web dan email tidak
kira dari pihak penyokong dan pembangkang. Semuanya bagi saya merupakan
satu rencana atau cerpen semasa yang saya anggap sebagai hiburan bagi
saya. Buang masa memikirkan siapa salah dan siapa benar.
Tetapi saya percaya saudara telah dirasuk dengan ucapan dan resapan
saikologi yang saudara hidapi telah membutakan mata dan hati
saudara-saudara.

KOMENTAR

Kekeliruan artikal saudara jelas kami perhatikan. Ada kalanya saudara mengatakan ada kebenaran adakalanya saudara mengatakan sebagai hiburan. Saudara keliru akan "statement" saudara sendiri atau penulisan saudara yang penuh beremosi sehingga fakta fakta yang saudara tulis sendiri saudara keliru.

Saudara, fikirkanlah, tentang mereka yang ditahan itu dan juga keluarga mereka? Apakah penderitaan mereka tidak perlu di ambil perhatian, kesusahan mereka dibiarkan kerana mereka sendiri yang tanggung dan bukan kena pada batang hidung saudara. Statement saudara mengatakan buang masa memikirkan siapa yang benar dan siapa yang salah, seolah olah tidak mementingkan kebenaran. Membiarkan mereka yang ditahan tanpa sahih kesalahan dan keluarga mereka menderita adalah satu hipokrasi dan merupakan satu yang perlu dikikis.

Saya telah lali dangan cerita rasuah di kalangan menteri, korupsi dan
pelbagai cerita politik yang lain tetapi pada masa yang sama kita perlu
bersyukur kerana kita boleh bekerja, makan, tidur dengan selesa, bahagia
bersama keluarga, boleh membeli-belah, anak-anak bersekolah, hiburan,
barang-barang keperluan yang cukup dan berkenderaan. Bayangkan sendiri,
gunakan akal saudara-saudara dengan berfikir kepada jalan yang betul,
apa akan jadi kalau negara kita seperti di negara-negara lain yang
dikelilingi hujan peluru, keganasan, ikut suka hati membunuh, kurang
makanan, tiada pekerjaan, rumah tangga tidak terurus, takut hendak
keluar rumah, nyawa sendiri,keluarga dan anak-anak sentiasa
terancam.....masa itulah saudara-saudara akan fikirkan tindakan bodoh
yang saudara telah lakukan sebelum ini.

Komentar
(Tentang menteri menjalankan korupsi ...itu statement saudara.)
Sebelum ini saudara, kita tahu tidak ada satu laman pun yang terbit kerana kita mewah dalam mendapatkan apa sahaja yang kita mahu.Alhamdulilah ianya merupakan nikmat. Akan tetapi tidak  aman tidur kami  melihat Saudara kita yang di lemparkan pelbagai tohmahan tanpa keadilan. Tidak  tidur kami  memikirkan anak anak kecil Saudara kita tersebut dirundung kekeliruan. Tidak kami sanggup melihat anak anak tersebut di besarkan dengan fitnah (sehingga terbukti sahih kesalahnya)
Saudara sering menggesa kami menggunakan akal kami, saudara minta kami gesa saudara menggunakan akal dan juga kepekaan saudara akan keadaan yang ada sekarang ini. Sekiranya sesaorang bebas diperlakukan sedemikian oleh sesuatu pihak, dan rakyat seperti kita hanya mendiam diri maka ia akan berkeluasa. Golongan tertindas perlu dibela. Tetapi kalau saudara senang pergi shopping, makan dan sebagainya sedangkan ada mereka yang ditahan dengan tuduhan tanpa bukti yang sahih , terpulanglah. MUNGKIN ITU LAH YANG DIKATAKAN WARAS OLEH SAUDARA,
DAN MUNGKIN ITULAH YANG DIKATAKAN BIJAK OLEH SAUDARA,DAN MUNGKIN BERMENTALITI TINGGI. Terpulanglah.
Saudara berhak mempunyai pendapat sendiri.

Saudara-saudara serta rakan-rakan seperjuangan saudara yang terlalu
fanatik dengan Anwar sepatutnya dihantar ke negara-negara seperti
Bosnia, Somalia, Bangladesh atau Indonesia untuk mempelajari erti
keamanan yang sebenar. Saudara-saudara telah menghina Perdana Menteri
dan Polis tetapi saudara-saudara lupa bahawa tanpa mereka anda mungkin
sudah lama mati kena tembak atau dirompak, anak isteri saudara
dirogol,jangan harap boleh berkenderaan kesana-kemari tanpa rasa takut,
makan dan berbelanja mewah serta merasa kemudahan teknologi komputer
yang telah saudara-saudara salah gunakan ini. Orang-orang yang telah
anda hina inilah yang memanjangkan usia keamanan negara kita tetapi
seperti yang telah saya katakan tadi saudara-saudara semua tidak sedar
kerana saudara-saudara pendek akal, bodoh dan tak tahu menilai
penyelesaian yang sebenarnya.

KOMENTAR
Saudara, kehadiran PM dalam Malaysia ini adalah dari hak penggundian rakyat. Apakah semua kemewahan ini beliau yang beri atau sama sama rakyat dan pemimpin menjayakan?
Tidak ada mereka tanpa kita. Kerana tidak ada pemimpin kalau tidak ada yang hendak di pimpin.Kami hargai jasa POLIS. Tetapi perkataan POLIS tidak pada seorang sahaja. Yang kami mahu adalah KPN menjalankan perkara ini seadil adil nya, dan Dr Mahadir sendiri berkata kita mesti bukan sahaja bersih tapi nampak bersih. Dalam ertikata lain mesti bukan sahaja adil tapi nampak keadilan tersebut.
Saudara apakah keamanan sebenar? Apakah keamanan sebenarnya ialah bagi   saudara dan rakan saudara boleh membeli belah,makan dan berseronok seronok sedangkan segelintir masyarakat tertindas dengan fitnah(selagi belum terbukti ianya fitnah) dan kaum keluarga lain yang mahu keadilan dilaksanakan keatas mereka ditangkap dan media media saban hari hanya menceritakan keburukkan orang yang tertuduh, ITU KEAMANAN menyeluruh ? Atau maksud saudara asalkan bukan kena kat batang hidung sendiri dah le..itu keamanan atau hipokrasi? Kami tidak pendek akal malah kami prihatin kepada insiden yang berlaku kepada Anwar Ibrahim. Kalau lah benar mereka mahukan keamanan, mengapa tidak mereka mengunakan proses undang undang yang sedia ada?

Ada tuduhan , ada bukti tangkap dan bawa kemahkamah.  We will have no problem with that. Bukan buang dahulu, media keluar cerita bukan bukan yang saudara sokong mungkin  dan terus menggenakan hukum keatas dia , sehingga dia terpaksa menyakal dengan keras nya untuk menjaga maruah diri dan keluarga.

Siapa kah yang menjadi penyebab?

Andai senario ini diambil tak kan jadi begini. Rakyat tahu akan keadilan. Ingat semasa kerajaan ingin mengurangkan bidang kuasa Raja dan menghadkan kebebasan Raja. Kerajaan mengeluarkan statement wang berjuta juta yang dibelanjakan keatas sistem beraja kita. Dr Mahadir berkempen kesana kemari. Rakyat tak memberontak kerana itu satu kebenaran.

Tapi ini satu hakikat yang berbeza yang tidak dapat diterima.

Andainya Anwar Ibrahim bersalah.

1. Setelah dapat maklumat dan bukti bukti kukuh ..tangkap dia. Kemudian caj dia dimahkamah.

2. Setelah sahih pengadilan keatas nya maka jatuhkan hukuman.

Process is in the right order. We will uphold.

Ini tidak buang dia dari kabinet, kemudian affidavit yang sepatutnya tertutup dibuka dan di sebar luas akan kepincangan beliau..media terus menyalahkan beliau, pihak menteri cuma komen "Mahadir tahu apa yang dia lakukan." Itu bukan membantu tapi tambah keliru.

Habis semestinya rakyat keliru dan berkehendakkan kepastian. Menteri buat road show dan penerangan kearak ubi tentang salah laku sek Anwar sebelum dibicarakan saudara tak pernah tanya. Saudara fikirkan akal siapa yang pendek?
 

Saya percaya kerajaan kita boleh menjalankan perbicaraan dengan adil
tanpa gangguan orang-orang seperti saudara. Hentikan penyebaran sia-sia
saudara dan sama-sama kita berdoa agar yang benar tetap benar dan yang
salah akan bersalah tanpa prasangka yang lain.Saya mencabar
saudara-saudara pamirkan kenyataan saya dalam h/page saudara  untuk
tatapan pembaca-pembaca lain...jika saudara benar-benar JANTAN dan
berfikiran waras......

KOMENTAR

Setiap orang ada hak untuk percaya atau tidak mempercayai. Saudara percaya pada institusi kerajaan dan sistem judiciary , saya tidak katakan saudara bodoh,tidak waras,pendek akal,barua ,dan buta hati. Tidak seperti tindakan saudara dengan menggunakan perkataan tersebut keatas kami.
 
                  KAMI BUKAN MENGHASUT KAMI MENUNTUT KEBENARAN
 

Sekian
TERIMA KASIH
Assalamualaikum