BILA ADNAN MENCARUT ABDULLAH BADAWI MENYAHUT

Komentar 23/3/2000

 

Malu melihat telatah Timbalan Perdana Menteri kita yang menyahut bila mana Menteri Besar Pahang mencarut. Inilah dia Abdullah Badawi yang hanya tahu menunduk tanpa berani menyatakan kebenaran. Menteri Besar Pahang telah melakukan kesalahan. Beliau telah biadap pada rakyat jelata. Aksi lucah yang dipamerkan oleh beliau TIDAK MELAYAKKAN beliau untuk menjadi seorang pemimpin. Budaya apakah yang mahu dipamerkan oleh Adnan Yaakob ini ? Budaya apakah yang disokong oleh Abdullah Ahmad Badawi ini ? Akhbar THE STAR 23/3/2000 memberikan ulusan bahawa Abdullah Ahmad Badawi kesian melihat Adnan Yaakob yang ditekan oleh sorakkan pendokong Barisan Alternatif yang begitu ramai. Beliau dilapurkan berkata tindakan Adnan Yaakob adalah hasil tindak balas dari perbuatan pendokong alternatif. Komentar turut kesian dengan Abdullah Badawi kerana menyokong tindakan biadap dan tidak menunjukkan budaya melayu langsung. Mendokong perbuatan itu seolah-olah meletakkan Abdullah Badawi antara mereka yang dikategorikan sebagai buta kepada kepincangan dalam parti sendiri. Media Internet telah menunjukkan aksi Adnan Yaakob dan tidak pula nampak beliau seperti tertekan. Nampak seperti sikap samseng jalanan amat jelas. Komentar juga hairan kerana reformis jalanan yang dikejar dan dipukul tidak nampak pula menunjukkan aksi-aksi lucah seperti yang dilakukan oleh Adnan. Komentar ingin menasihatkan Abdullah Badawi supaya buka mata dan pintu minda seluas mungkin. Perbuatan yang salah patut disalahkan. Janganlah sampai budaya menunjukkan isyarat lucah menjadi budaya kita. Jangan menindakkan kesalahan dan perlakuan biadap Adnan tersebut. Malu Komentar melihat Abdullah Badawi menyokong perbuatan hina itu. Pesan Komentar kalau itulah budaya Menteri Besar Pahang maka rakyat Pahang harus bertindak menolak beliau.