Sajak "Kerajaan Adil"
terima kasih ida_ _ _@hotmail.com

Reformasi,  Gerakan keadilan,
               Mahu pembaharuan,
                         Di semua lapangan kehidupan.
Perlu    :          Keberanian;
                   Keyakinan;
                   Keimanan;
                    Perpaduan.
     Mahu    :      Keadilan kehakiman;
                Keadilan sosial;
                   Keadilan ekonomi;
                    (Bukan untuk kroni-kroni)
                    Perpaduan kaum;
                    Ikut peraturan dan hukum.
  Patut   :       Kita patut sedar,
                  Kita patut insaf.
Tanggungjawab :  Kepada Allah;
                                Kepada manusia.
Jalan     :      Ikut agama
                                              Yang masing-masing percaya.
Matlamat  :   Kerajaan Adil;
                  Mahkamah Adil;
            Polis adil;
                Parlimen adil;
                          Dewan Undangan Negeri adil;
                     Bebas daripada rasuah;
                   Bebas daripada dadah;
 
             Negara aman dan
             Diredhai ALLAH.
 
 
 
 
 
Oleh:
Kumpulan Reformasi
17.9.1998 (Khamis)
 

Sajak "Mereka Makan Isi ; Rakyat Makan Kuah"

I
Mereka makan isi; rakyat makan kuah,
Hidup mereka begitu mewah;
Rakyat pula bertambah susah,
Mereka yang diatas, tak ambil kisah
Pandai hanya bersyarah
"Bersih, Cekap & Amanah"
II
Mereka makan isi; rakyat makan kuah,
Tidak fikir nasib orang-orang di bawah
Dengan "reformasi" semua ini akan berubah,
Dengan izin ALLAH.
III
Mereka makan isi; rakyat makan kuah,
Bila Anwar rebah,
Di atas tindakan yang tidak munasabah;
Belum dihadapkan ke Mahkamah,
Rakyat kata, "cukuplah sudah"
Suasana gawat perlu diubah
Dengan ulamak mengapa marah.
IV
Mereka makan isi; rakyat makan kuah
Suku sakat dapat banyak faedah.
V
Mereka makan isi; rakyat makan kuah
Cukuplah sudah;
Reformasi membawa banyak faedah
Dengar Anwar bersyarah;
Bacalah risalah-risalah;
Tujuan : bukan memecahbelah;
     Tapi : menyelesaikan masalah,
Caranya : ikut Sunnah
                     : bersembahyang jemaah
           : beri sedekah
                      : berdoa kepada ALLAH.
Yang jahat akan kalah,
Begitu juga penyebar fitnah
Pasti musnah…. musnah…. musnah
Sudah lama rakyat makan kuah
Sokonglah!!!
Perisytiharan Permatang Pauh
                Wawasannya jauh
Sehingga kerajaan Adil tertubuh
Oleh:
Kumpulan Reformasi
15.9.1998 (Selasa)