Ucapan KJ

Assalamualaikum W.B.H.

Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah kepada Unit Bahasa Melayu kerana berjaya membina dan melancarkan laman unit sendiri. Kejayaan melancarkan laman ini sebenarnya membantu mencapai matlamat unit Bahasa Melayu untuk menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan kepada pelanggan-pelanggannya khususnya pelatih-pelatih guru.Melalui laman ini, maklumat-maklumat berkaitan dengan unit dapat dicapai hanya melalui sentuhan jari sahaja.Ini bererti dalam era teknologi maklumat kini, maklumat yang berkesan bukan sahaja boleh didapati melalui kuliah tetapi juga melalui internet.

Walau bagaimanapun, kita harus ingat bahawa maklumat itu tidak sama dengan ilmu. Maklumat jika tidak diproses akan hanya menjadi maklumat semata-mata. Sebaliknya maklumat jika diproses oleh pemikiran akan menjadi ilmu yang berkesan.

Teruskanlah usaha anda.

Komunikasi cemerlang asas wawasan gemilang.

Pn. Hajah Che Lian bt. Mohd. Noh

Ketua Jabatan Bahasa,

Institut Perguruan Darulaman

06000 Jitra,

Kedah Darulaman