Kata Aluan Sejarah Organisasi
Staf
Aktiviti  Motto Lencana Pemandangan

Kata Aluan

    Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan penerbitan Laman Web Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Pay Chee yang ulung ini.
     Dalam era multimedia, maklumat boleh didapati dengan sekelip mata. Maklumat-maklumat ini boleh diperolehi dari laman web dengan mudah sekali. Dengan pelancaran Laman Web SJK(C) Pay Chee ini sedikit sebanyak dapat menolong mereka yang ingin mendapatkan maklumat tentang sekolah ini.
     Kerjasama adalah faktor penting bagi menjayakan sesuatu rancangan atau projek. Saya berharap kerjasama yang diberikan oleh kaki tangan sekolah ini sekian lama dapat dikekalkan selama-lamanya demi untuk memberi perkhidmatan yang bermutu serta pendidikan yang sempurna kepada pelajar-pelajar sekolah ini.

En. Chan Kong Meng
Guru Besar