PROGRAM AKADEMIK BERASRAMA
Sekolah
Menengah Kebangsaan King George V, Seremban telah terpilih menjadi sebuah
sekolah harapan negeri bagi Negeri Sembilan Darul Khusus. Status ini sekaligus
mengangkat martabat sekolah ketahap yang lebih gemilang. Oleh itu pelbagai
usaha telah diatur bagi memastikan harapan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan
tercapai. Bagi merealisaikan kenyataan itu maka Asrama Sekolah Menengah
Kebangsaan King George V, Seremban telah merangka pelbagai program. Mulai
tahun 1998, Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan King George V, Seremban
telah merangka satu program khas untuk menggalakkan pelajar tingkatan satu
tinggal di asrama. Program ini dikenali sebagai Program Akademik Berasrama.
Program ini diatur bukan sahaja untuk menggalakkan pelajar tinggal di asrama,
malahan untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik.
Dengan harapan pelajar ini kelak ketika menduduki peperiksaan PMR pada
tahun 2000 dapat mencapai "8A" atau cemerlang.
PROGRAM
Antara program yang
dirancang ialah;
-
Kelas Bimbingan Tiga Matapelajaran
Bahasa Inggeris, Sains dan MatematikKelas Literasi Komputer [setiap minggu]
-
Kelas Fardu 'Ain dan Al-Quran [setiap
minggu]
-
Ceramah Bimbingan dan Kaunseling [setiap
penggal]
-
Seminar Penghayatan dan Pengamalan
Ilmu [Julai - November]
-
Lawatan Sambil Belajar
-
Majlis Anugerah Cemerlang
-
Program Kecemerlangan Sukan
-
Riadah [Renang]
-
Program Jati Diri
HARAPAN
Kami yakin atas kesungguhan
semua pihak,hasrat untuk menwujudkan Program Akademik Berasrama di Sekolah
Menengah Kebangsaan King George V akan terlaksana. Menerusi program ini,
pelajar akan dapat mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang akademik
khasnya dan kokurukulum amnya. Melalui program ini, pelajar secara tidak
langsung akan dilatih hidup berdikari dan berdisiplin. Menerusi program
yang diatur, kami yakin dapat melahirkan pelajar yang cemerlang. Kerjasama
dan keyakinan pihak ibu bapa menjayakan program ini secara tidak langsung
memberi semangat kepada pelajar dan memberi inspirasi kepada pihak pengurusan
asrama dan sekolah.
e-mail
asr_kgv@hotmail.com