Kelab Guru: Pasukan Badminton Guru Sekolah Menengah Kebangsaan King George V, Seremban

Kelab Guru Sekolah Menengah Kebangsaan King George V, Seremban telah menjalankan pelbagai aktiviti bagi menjalinkan hubungan di antara guru, staf sokongan dengan pihak pengurusan sekolah. Di antara program yang diatur ialah Pertandingan Tertutup Badminton Antara Staf dan Pertandingan Persahabatan dengan sekolah dan institusi lain. Sepanjang tahun ini sehingga bulan April dua pertandingan persahabatan telah dijalankan. Perlawanan pertama berlangsung pada 17 April 1998. Di dalam perlawanan ini pasukan guru Sekolah Menengah Kebangsaan King George V Seremban berjaya mengalahkan pasukan Badminton Taman Sri Kasih, Senawang dengan kiraan mata 6 - 1. Manakala pada 20 April 1998 sekali lagi dalam pertandingan di antara Sekolah Menengah Kebangsaan King George V, Seremban dengan pasukan badminton Sekolah Teknik Ampangan, sekolah KGV berjaya mengalahkan sekolah tersebut dengan kiraan 6-1.

Pasukan Bandimton KGV sedang mengatur beberapa pertandingan dengan sekolah sekitar Seremban dan institusi lain. Di antaranya Sekolah Datuk Abdul Razak [SDAR], Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Celcom Seremban, Sekolag Tunku Ampuan Durah [STAD] dan sebagainya. Pasukan yang yang berminat untuk menjalinkan pertandingan persahabatan sila hubungi Pengerusi Kelab Guru, En. Roslan Omar atau pengurus pasukan En. Sabudin Sani.

Sebarang pertanyaan sila e-mailkan kepada;

En. Megat Affandi Haji Ismail

Menu Maklumat Semasa

Menu Utama