Kunjungan Prof Diraja Ungku Abd. Aziz ke SMK.KGV

Prof Diraja Ungku Aziz memberi ceramah bertajuk"Speed Reading". Dalam ceramah beliau beberapa perkara asas ditekankan, dalam usaha memastikan bahan bacaan yang dibaca dapat dibaca dengan cepat dan dapat diingati. Di antara perkara yang perlu diambilkira ialah bahan yang hendak dibaca,tujuan dan matlamat pembacaan, suasana ketika hendak bacaan, dan perancangan masa. Melalui cara ini kelancaran bacaan dapat berjalan dengan berkesan.

Selain daripada memberi ceramah Prof. Diraja juga melawat Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan King George V Bhd. Koperasi ini telah menerima pelbagai anugerah dari Angkasa dan Pertubuhan Koperasi Negeri. Dalam pertandingan kuiz koperasi peringkat negeri dan kebangsaan koperasi Smk.KGV telah beberapa kali menjadi johan. Kejayaan Koperasi inoi hasil komitmen pengurusan sekololah, ahli lembaga pengarah [yang terdiri dari kalangan guru dan murid] dan ahli.

Menu Utama