KATA ALUAN DARIPADA PENGETUA SMK TEBONG

Penggunaan teknologi dalam pendidikan adalah trend sekarang. Pendedahan kepada penggunaan komputer dalam pendidikan merupakan perkembangan terbaru dalam pendidikan dan ini cuba dilaksanakan dalam konsep Sekolah Bestari. Tulus kepada pelbagai maklumat secara global melalui internet. Oleh itu setiap ahli institusi pendidikan termasuk sekolah perlu mempunyai kemahiran mendapatkan maklumat melalui komputer dan menggunakan maklumat ini secara bijaksana.

Sekolah perlu memenuhi keperluan murid yang bakal menjadi tenaga kerja pada masa akan datang. Selaras dengan ini setiap sekolah perlu menyediakan program supaya pelajar-pelajarnya celik komputer kerana trend hari ini pekerja yang celik komputer, celik IT mendapat perhatian pihak majikan.

Dalam era Ledakan Maklumat sekarang kemudahan mendapatkan maklumat adalah terbuka luas. Ia bukan sahaja terbatas kepada media cetak tetapi terbuka kepada Media elektronik seperti komputer. Sehubungan dengan ini pengenalan Laman Web Sekolah Menengah Kebangsaan Tebong, Melaka, mendedahkan maklumat-maklumat penting sekolah ini kepada dunia luar dan dapat membantu pelbagai pihak membuat penyelidikan dan perancangan dalam bidang pendidikan. Oleh itu perkembangan sekolah perlu selaras dengan perkembangan teknologi dan IT. Laman Web SMK Tebong merupakan langkah bijak pengenalan sekolah kepada dunia luar.