PENGASAS SEKOLAH
School Founder

 
Sekolah ini telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan pada masa itu iaitu Encik Abdul Rahman Haji Talib. Pada mulanya sekolah ini terletak di kawasan bandar iaitu kira-kira 2 km dari bandar Melaka. Kawasannya terletak di Lorong Tun Fatimah, Durian Daun dan berjiran dengan dua buah sekolah menengah yang lain iaitu Sekolah Menengah Tun Tijah dan Sekolah Menengah Durian Daun serta sebuah Maktab yang ulung iaitu Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka.

Dari awal sekolah ini bermula pada tahun 1959 dengan menumpang di DM Gajah Berang, Melaka. Pada tahun 1961 SMKTPM berpindah ke tempat sekarang ini dengan muridnya seramai 414 orang murid perempuan. Pada ketika itu sekolah menggunakan dua bahasa pengantar iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Pada 16 September 1962, sekolah ini telah diasasrasmikan oleh Menteri Pendidikan , En Abdul Rahman Hj Talib. 
 
 


 Kata  Aluan  Pengetua