Ucapan Aluan Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mutahir.

Assalamulaikum w.b.t dan salam sejahtera.

 

Besyukur saya ke hadrat Illahi, kerana dengan limpah, rahmat dan kurnianya dapat memberi kesempatan kepada saya merakamkan sepatah dua kata dalam halaman 'homepage' sekolah ini.

 

Bersesuaian dengan konsep yang diterapkan dalam 'homepage' ini iaitu bertemakan " Ke Arah Melahirkan Insan Yang Bermaklumat" adalah amat tepat sekali di dalam membantu untuk mencapai matlamat wawasan 2020. Adalah diharapkan penerbitan 'homepage' ini juga akan memberikan pendedahan dan pengetahuan yang mendalam kepada golongan pelajar serta tidak jauh ketinggalan dalam kemajuan teknologi maklumat.

 

Pada hemat saya, kita perlu berusaha untuk meningkatkan daya minda yang kreatif dan inovatif serta prihatin dengan perkembangan teknologi maklumat sejajar dengan hasrat kerajaan Malaysia sebuah negara maju dan celik teknologi maklumat. Ia juga selaras dengan hasrat negara yang mahu melahirkan masyarakat yang bermaklumat. Kewujudkan 'homepage' ini juga akan dapat menjalinkan hubungan dengan pelbagai pihak daripada berbagai profesion.

 

Akhir kata, sekalung ucapan tahian kepada semua pihak yang menjayakan penerbitan 'homepage' ini. Semoga segala usaha yang dijalankan mendapat keberkatan dan ganjaran dari Allah swt.

Sekian, terima kasih

 

Hj. Mazlan bin Md. Amin

Pengetua

Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mutahir,

75350 Batu Berendam,

Melaka.