Saranan-saranan untuk memperbaiki kelemahan
Berikut adalah saranan-saranan yang telah diberi Lembaga Peperiksaan
dalam buku Laporan Prestasi SPM ( 1994 -1996 ).
-
Pelajar hendaklah membaca soalan dengan lebih berhati-hati dan memahami
tugasan soalan sebelum memulakan menulis jawapan . Untuk itu pelajar sepatutnya
dapat membezakan antara kata tugas seperti nyatakan, mengapakah, terangkan,
huraikan, bincangkan, hitungkan dan lain-lain.
Soalan Objektif
-
Bagi soalan objektif , pelajar haruslah lebih berhati-hati semasa memilih
jawapan. Pelajar sepatutnya membaca semua cadangan jawapan, walaupun cadangan
jawapan yang mula-mula dianggap sebagai jawapan, pelajar perlu membaca
seterusnya untuk mendapatkan jawapan yang terbaik atau betul. Bagi soalan
negatif seperti tidak benar dan kecuali, pelajar hendaklah sentiasa ingat
akan keadaan negatif soalan itu semasa memilih jawapan itu.
Soalan Struktur
-
Bagi soalan struktur pelajar perlu berhati semasa menulis jawapan. Pelajar
tidak perlu memberi jawapan terlalu ringkas hingga menghasilkan jawapan
tidak lengkap. Pelajar mestilah memberi jawapan yang padat dengan fakta
biologi yang sesuai. Pelajar mestilah lebih berhati-hati dengan maklumat
yang terdapat di dalam gambarajah. Pelajar mestilah mempunyai kemahiran
saintifik dan kemahiran intelek untuk menjawab dengan baik. Bagi soalan
yang memerlukan pelajar membuat hitungan, jawapan mestilah disertakan dengan
unit yang betul. Bagi soalan yang memerlukan pelajar membuat lukisan, lukisan
hendaklah dilabelkan, saiz yang sesuai, bersih (tiada garisan putus-putus
dan pertindihan garisan). Bagi soalan yang memerlukan pelajar melukiskan
graf, kedua-dua paksi graf mestilah mempunyai unit skala dan berlabel.
Bagi soalan yang memerlukan pelajar membuat perbandingan atau perbezaan,
jawapan haruslah menggunakan perkataan seperti,….lebih daripada…, kurang
daripada….. , …… lebih besar…
Soalan Esei
-
Bagi soalan esei pelajar perlu membaca semua soalan dan memahami tugasan
. Sepatutnya pelajar boleh membuat pilihan berdasarkan pengetahuan dan
kebolehannya. Pelajar sepatutnya merancang jawapan supaya idea tersusun.
Pelajar mestilah dapat mengaitkan pengalaman seharian seperti membuat laporan
amali apabila mereka menjawab soalan esei. Dalam jawapan pelajar, sepatutnya
, pelajar mengenalpasti bahan dan alat radas, prosedur eksperimen, pemerhatian,
perekodan, menginterpretasi data, membuat keputusan dan membuat kesimpulan.
Bagi soalan yang lebih umum pelajar sepatutnya mementingkan atau menggunakan
fakta saintifik untuk menyokong penerangan mereka.
Soalan Amali
-
Bagi soalan amali, pelajar sepatutnya telah menguasai kemahiran saintifik.
Semasa melakukan ujian amali pelajar mestilah menggunakan masa merancang
untuk membaca tugas dan merancang eksperimen. Dalam masa merancang ini
pelajar mesti sudah mempunyai idea untuk menggunakan langkah atau teknik
yang sesuai untuk merekodkan jenis data yang diprolehi. Pelajar perlu menggunakan
keputusan ujian untuk membuat kesimpulan yang logik. Di samping itu pelajar
perlulah merekodkan dapatan tugasan bukan hanya mengigati semula teori.
Pelajar juga perlu meningkatkan kemahiran melukis sebagai satu cara berkomunikasi.
Lukisan mestilah dilebalkan, jelas dan bersih, tidak berlorek dan menggunakan
pensel yang tajam semasa melukis.
-
Untuk membantu kecekapan menjawab soalan pelajar perlu banyak membuat latihan
menjawab soalan yang lepas, melukis gambar rajah, graf, carta bar atau
histogram, membuat jadual dan peta konsep bagi tajuk yang telah dipelajari.