Garis Panduan Untuk Menjawab Soalan Subjektif Kertas 2
 
 
 Kelemahan calon SPM secara umum 
 Perkara penting yang perlu diingati semasa menjawab soalan struktur 
 Perkara penting yang perlu diingati semasa menjawab soalan esei
Kelemahan calon SPM secara umum
  1. Jawapan panjang tetapi tidak tepat.
  2. Konsep asas fizik adalah lemah.
  3. Jawapan adalah terpesong daripada kehendak soalan ( tidak faham soalan ).
  4. Memberi teori sahaja untuk soalan huraian eksperimen ( tidak menyatakan sebarang ukuran yang dilakukan dan cara mengukurnya ).
  5. Langkah-langkah penting tidak ditunjukkan dalam penghitungan.
  6. Gambar rajah tidak berlabel, graf tidak berlabel.
  7. Lemah dalam unit kuantiti fizik.
 

Perkara penting yang perlu diingati semasa menjawab soalan struktur :

  1. Markah diperuntukkan bagi tiap-tiap ceraian soalan ditunjukkan dalam kurungan. Secara kasar, satu markah diperuntukkan untuk satu fakta. Iaitu jawapan mesti tepat dan tidak perlu terlalu panjang.
  1. Fikir secara logik dan jawab dengan ringkas dan tepat. Jangan gunakan perkataan seperti mungkin dan lebih kurang.
  1. Menghitung dengan menggunakan rumus yang betul diikuti dengan gantian yang betul. Jawapan akhir mesti mempunyai unit yang betul. Langkah kerja mesti ditunjukkan dengan jelas.
  1. Fikir ringkas dan memberi jawapan ringkas tetapi tepat.
  1. Meneliti betul-betul segala maklumat yang diberi dalam soalan dan kaji sama ada semua maklumat yang diberi itu telah digunakan dalam proses mendapatkan penyelesaian anda.
  1. Elakkan daripada memberi jawapan yang terlalu umum.
Contoh : Cadangkan bagaimana kehilangan kuasa dalam kabel elektrik dapat

dikurangkan dalam proses penghantaran elektrik ?

Jawapan terlalu umum : gunakan transformer.

 

Perkara penting yang perlu diingati semasa menjawab soalan esei :

  1. Jawab dalam bentuk fakta yang ringkas ( point form ).
  1. Rajah yang dilukis mesti jelas, ringkas, boleh berfungsi dan berlabel semua bahagian dengan betul.
  1. Langkah-langkah eksperimen mesti mempunyai istilah tindakan melakukan seperti :
 
Istilah betul Istilah salah
  1. Timbang dan dapatkan jisim troli
  2. Hitungkan halaju troli
  3. Catatkan masa dengan jam randik
Dapatkan / Catatkan jisim troli 

Halaju troli dicatatkan 

Tentukan masa

 
  1. Perkara yang penting dalam huraian eksperimen ialah :
  1. rajah berlabel
  2. langkah-langkah menjalankan eksperimen dengan istilah tindakan
  3. ulangan eksperimen dengan ukuran yang berlainan serta penjadualan data
  4. lakaran graf dan rumusan
  5. pengesahan / penolakan hipotesis serta kesimpulan
Contoh : Huraikan satu eksperimen untuk menunjukkan tempoh suatu bandul ringkas

bergantung kepada panjang bandul itu.

Rangka jawapan :

i. lukis rajah berlabel

ii. ukur panjang l dengan pembaris

...ukur masa untuk 20 ayunan dengan jam randik

hitung T = masa untuk 20 ayunan
                             20

.......................... ..
hitung T2

iii. ulangi dengan l yang berlainan
 
l/cm masa  

20 

untuk 

ayunan

purata 

t/s

T/s T2/s2
  t1/s t2/s      
           
           
           
 
iv. lukis graf T2 lawan l

v. kesimpulan

 
  1. Elak daripada memberi huraian untuk eksperimen yang salah.
  1. Untuk soalan yang melibatkan perbandingan, adalah sesuai membuat jadual perbandingan supaya jawapan kelihatan lebih kemas dan jelas.
  1. Lihat pada kata-kata kunci dalam soalan dan beri jawapan yang sewajar seperti : terangkan, nyatakan, huraikan dan berikan satu contoh.
  1. Pastikan anda sudah mengulangkaji dengan baik tentang struktur binaan, prinsip kerja atau pengendalian alat-alat seperti dinamo, motor, tiub sinar-X, peti sejuk, OSK, teleskop dan sebagainya.