Kelemahan Dan Kesilapan Pelajar

 Formula unsur, sebatian ion dan persamaan
 Ejaan istilah-istilah yang penting mestilah tepat
 Penggunaan istilah perkataan atau kata kunci yang salah
 Ujian kimia

 

1) Formula unsur, sebatian ion dan persamaan     (a) Tidak tulis formula dengan tepat, misalnya    

Betul Salah
Ag ag
Fe FE
CO2 Co2
I l
CuSO4 Cu SO4
Mg mg
Zn(NO3)2 Zn(No3)2
Cl2 2Cl atau Cl2

 
 

     (b) Persamaan kimia tidak seimbang dari segi bilangan atom sesuatu unsur atau dari segi cas.
           Contoh:

  • i. KOH + H2SO4   ======>   K2SO4 + H2O    (Salah)

  •    2KOH + H2SO4 ======>   K2SO4 + 2H2O (Betul)
      1.           ii. Cu + Ag+    ======> Cu2+ + Ag                               (Salah)

      2.               Cu + 2Ag+ ======> Cu2+ + 2Ag                             (Betul)
  • iii. Mg2+ + e-  ======>    Mg                                         (Salah)
  •               Mg2+ + 2e- ======>   Mg                                         (Betul)

              iv. 2O2- -2e-  ======>     O2                                         (Salah)
                   2O2- - 4e- ======>    O2                                                        (Betul)

         (c) Perbezaan di antara persamaan tindak balas, persamaan ion dan setengah persamaan.
               Contohnya:

  •           i.Tindak balas Penyesaran
      1.  Mg + CuSO4  =======>  Cu + MgSO(persamaan tindak balas)
      2.  Mg + Cu2+     =====>  Mg2+ + Cu     (persamaan ion)

         Mg                 =====>  Mg2+ + 2e-      (setengah persamaan)

         Cu2+ + 2e-       =======>   Cu                  (setengah persamaan)
         

       ii. Tindak balas peneutralan

                                             NaOH + HCl =====> NaCl + H2O (persamaan tindak balas)

  •  H+ + OH-         =======> H2O              (persamaan ion)
  •  

    3) Ejaan istilah-istilah yang penting mestilah tepat.

         

    Betul Salah
    Proses Haber Proses Habar, Proses Heber,Proses Haba
    Pemejalwapan Pemeljawapan
    Ungu Unggu
    Kovalen Kovallen, Kovelen
    Siri elektrokimia Siri elektrodkimia, Siri elektronkimia
    Proses Sentuh Proses sentuh

        4) Penggunaan istilah perkataan atau kata kunci yang salah. Misalnya,    

    Salah  Betul 
    perak argentum
    ion natrium (I)  ion natrium
    ion ferum ion ferum(II) atau ion ferum(III)
    ion oksigen ion oksida
    ion klorin ion klorida
    ion bromin ion bromida
    ion iodin ion iodida
    ion ammonia ion ammonium
    gas ammonium gas ammonia
    ion dikromat ion dikromat (VI)
    larutan kalium permanganat larutan kalium manganat (VII)
    kuprum sulfat kuprum (II) sulfat
    plumbum iodida plumbum (II) iodida
    stanum oksida stanum (IV) oksida
    ammonium hidroksida larutan ammonia
    asap putih wasap putih
    keadaan jirim-atom ,molekul, ion keadaan jirim-pepejal, cecair, gas
    jenis zarah-pepejal, cecair, gas jenis zarah-atom, molekul, ion
    jisim atom relatif/ JMR dalam gram jisim atom relatif/ JMR – tiada unit
    bakarkan campuran panaskan campuran
    pepejal / warna coklat Pepejal / warna perang
    kala II kala
    kumpulan Kumpulan II
    orbital atom  petala atom
    konfigurasi elektron susunan elektron
    atom yang stabil  susunan elektron yang stabil
    ikatan elektronvalens ikatan elektrovalen
    lapan elektrovalen lapan elektron valens
    gelembung udara / gelombang gas 

    atau buih-buih gas

    gelembung gas
    lebih aktif lebih reaktif
    lebih reaktif untuk siri elektrokimia lebih elektropositif untuk siri elektrokimia
    lebih elektropositif untuk siri kereaktifan lebih reaktif untuk siri kereaktifan
    tiada tindak balas tiada perubahan
    S.E.K. siri elektrokimia
    warna larutan kuprum(II) sulfat semakin cerah warna larutan kuprum(II) sulfat semakin pudar
    warna perang air bromin bertukar menjadi jernih warna perang air bromin bertukar menjadi tidak berwarna
    Elektrolisis larutan plumbum (II) bromida Elektrolisis cecair / leburan plumbum (II) bromida
    Galvanometer bergerak / terpesong  Jarum galvanometer bergerak / terpesong
    Warna ungu larutan kalium manganat (VII) berasid dilunturkan  Warna ungu larutan kalium manganat (VII) berasid dinyahwarnakan
    Gas klorin menyahwarnakan kertas litmus lembap  Gas klorin melunturkan kertas litmus lembap
    mengkonduksikan arus elektrik mengalirkan arus elektrik
    mempercepatkan kadar tindak balas meninggikan kadar tindak balas atau mempercepatkan t/b
    Campurkan ammonia Campurkan larutan ammonia
    Campurkan iodin Campurkan larutan iodin
    plastik/polistirena dapat mencegah kehilangan haba atau menghalang kehilangan haba.  plastik/polistirena adalah penebat haba atau pengalir haba yang lemah atau plastik/polistirena dapat mengurangkan kehilangan haba
    Takat lebur ialah takat dimana pepejal berubah manjadi cecair Takat lebur ialah suhu dimana pepejal berubah menjadi cecair
    Ujian dengan……’ Campurkan……’atau ‘Titiskan……’

     

    6) Ujian Kimia

  •     Setiap ujian kimia mesti ada proses atau cara dan keputusan . Cara menunjukkan

  •     bagaimana ujian kimia dijalankan dan keputusan menunjukkan permerhatian .
  •               Perkataan seperti ujikan ,tindak balaskan tidak diterima kerana tidak menunjukkan dengan
                  jelas bagaimana ujian itu dijalankan .

  •     Perkataan yang boleh digunakan termasuk campurkan, didihkan, panaskan, alirkan,

  •     lalukan ,masukkan ,tuangkan ,kutipkan ,kumpulkan ,titiskan ,sukatkan dan ukurkan .

    Contoh beberapa ujian kimia yang biasa ialah :
     
     
     

    Ujian  Cara  Keputusan 
    1) Gas oksigen Kutipkan satu tabung uji gas yang terhasil dan masukkan kayu uji berbara. Kayu uji berbara dinyalakan.
    2) Gas hidrogen Kutipkan satu tabung uji gas yang terbebas dan kemudian masukkan kayu uji menyala ke dalamnya. Bunyi "pop" terhasil.
    3) Gas karbon dioksida Alirkan gas yang terhasil ke dalam air kapur. Air kapur menjadi keruh.
    4) Gas itu bersifat asid Alirkan gas itu ke atas kertas litmus biru yang lembap. Kertas litmus biru menjadi merah.
    5) Larutan itu bersifat asid Masukkan kertas litmus biru ke dalam larutan. Kertas litmus biru menjadi merah.
    6) Gas itu bersifat alkali Alirkan gas itu ke atas litmus merah yang lembap. Kertas litmus merah menjadi biru.
    7) Cecair itu ialah air Titiskan cecair itu ke atas kuprum (II) sulfat kontang. Warna putih kuprum(II)sulfat kontang menjadi biru.
    8) Cecair itu ialah air tulen Didihkan cecair itu dan ukur/catat takat didihnya dengan termometer. Takat didih ialah 100oC

     
     

  •