SEKOLAH KEBANGSAAN PULAI

77300 MERLIMAU, MELAKA.

 


SEJARAH

SEKOLAH

 

LOKASI SEKOLAH : Sekolah ini terletak kira-kira 16 km. dari Bandar Melaka dan kira-kira 5 km. dari Pekan Merlimau. Ia terletakdi tepi jalan besar Melaka - Muar.

SEKOLAH KEBANGSAAN PULAI mula didirikan secarabergotong-royong oleh penduduk Kampung Pulai 6hb. Ogos 1946 hari Selasabersamaan 1365H. di atas sebidang tanah milik Tuan Hj. Mohd Nor.

Bangunan seluas 20' x 60' berdindingkan papan dan beratapkan rumbia dan tidak bersimen ini telah dibuka secara rasmi oleh Tuan Nelson (Pegawai Pendidikan Melaka) pada masa itu, dengan murid seramai 70 orang dan 2 orang guru iaitu :

1. En. Harun b. Ngah - (Guru Besar)

2. En. Kabil - (Guru)

BANGUNAN ASAL yang telah dibina secara gotong-royong itu telah diasaskan oleh :

1. Hj. Said b. Sabudin

2. Sidang Mohd Lajim b. Ali

3. En. Limat b. Kalong

4. Hj. Mohd Nor

5. En. Tambi b. Togek

6. Hj. Kusu

Bangunan ini telah digantikan dengan BANGUNAN (A) pada tahun 1954 secara gotong-royong dan diikuti dengan pembinaan BANGUNAN (B) pada tahun 1956. Pada tahun 1975 pula BANGUNAN (C) dua tingkat didirikan dan kemudian ditambah lagi dengan BANGUNAN (D) pada tahun 1987. Memandangkan kepesatan berlaku di sekolah ini, sebuah bangunan PUSAT SUMBER SEKOLAH dibina pada tahun 1990 berserta sebuah bangunan kantin dan surau. Pada tahun 1999 sekolah ini telah dapat bangunan tiga bilik darjah sebagai tambahan.

Guru Besar pertama yang mentadbir sekolah ini ialah Tuan Haji Harun b. Ngah yang berkhidmat mulai 8hb. September1946 hingga 31hb. Mei 1956. Guru Besar sekarang yang merupakan guru besar yang ke 16 ialah En. Ramly b. Husin. Beliau mula berkhidmat di sekolah ini pada 1hb. Mei 1998.

 

********************************************************

 

Home
Next
Back