GUSI BERDARAH
- Ambil beberapa helai daun bacang dan masukkan kedalam periuk berisi air,
campurkan dengan beberapa helai daun inai. Kemudian rebuslah dan setelah airnya
mendidih bubuhlah sedikit asam gelugur dan garam secukup rasa. Setelah airnya suam
bubuhlah kedalam mulut dan biarkan selama 3 minit, lalu berkumur-kumur atau
- Kumurlah dengan air suam yang telah dicampurkan dengan sedikit garam atau
- Jika gusi anda terluka dan anda tidak mahu biarkan luka itu lama-lama, berkumurlah
dengan air daun sirih. Caranya,ambil 15 helai daun sirih dan dimasakkan dengan
air. Setelah itu sejukkan rebusan itu. Berkumurlah dengan kerap dan menggunakan
air daun sirih itu.
DEMAM CAMPAK
- Ambil sebiji kelapa muda, belah dan ambil airnya, setelah itu berilah anak
anda minum anggaran setengah cawan. Lakukan cara ini hingga demamnya sembuh,
jika dia mengidap demam campak, campaknya akan keluar atau
- Parutkan kunyit dan campurkan dengan asam kawak. Kemudian lumurkan
pada badan pesakit. Disamping itu,minum air kelapa gading setiap hari.