Nie Feng/Penjejak Badai

Sign My Guestbook Guestbook by GuestWorld View My Guestbook



Bagaikan kerakap tumbuh dibatu
Hidup Segan Mati Tak Mahu

Nie Feng sebenarnya adalah antara watak-watak utama dalam cerita ini selain daripada Penjejak Awan dan Penduga Arus.Dia adalah anak seorang pemain pedang terbilang yang dikenali sebagai Yang Wang. Dia bersifat dengan sifat suka menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan. Dia adalah rakan seguru Penjejak Awan. Mereka sama-sama menuntut dengan Pendekar Wira Utama dan telah diajarkan hikmat Tendangan Angin Puyuh dan Cakar Menolak Awan.

Cerita pengembaraan Nei Feng bermula pada masa ia masih belum mahir dengan apa-apa hikmat pun kecuali petua-petua yang diajarkan oleh bapanya iaitu Yang Wang. Pada suatu hari,............

Dia dengan bapanya telah pergi ke Gua Mengawan kerana bapanya mahu bertarung dengan seorang Jaguh yang diberi nama Din Shui. Din Shui adalah seorang jaguh yang begitu terkenal dibahagian Selatan adalah pewaris kepada Pedang Unicorn Berapi (Pedang Api) manakala Yang Wang pula adalah pewaris kepada dan pemilik Pedang Salji. Kini mereka bertemu untuk menentukan siapakah diantara mereka itu yang hebat. Tetapi pada masa mereka bertarung itu mereka tidak menyedari yang murid kedua Wira Utama iaitu Penjejak Awan sedang menunggu masa untuk menunaikan tugas yang diberikan oleh Wira Utama untuk merampas Pedang Salji dan Pedang Api. Tempat mereka bertarung adalah dikenali sebagai Gua Mengawan. Gua Mengawan ini adalah sebuah gua yang amat misteri dan mempunyai Legendanya yang tersendiri. Menurut Legenda Gua Mengawan, Apabila paras sungai yang terletak bersebelah dengan Gua Mengawan mengatasi paras lutut patung Buddha disitu Gua Mengawan akan terbakar. Sedang Din Shui dan Yan Wang bertarung Penjejak Awan telah masuk campur dan cuba merampas Pedang Api dan Pedang Salji. Kejadian itu berlaku dihadapan Gua Mengawan. Dengan tidak semena-mena, Yang Wang merasakan satu perasaan aneh berasal daripada Gua tersebut. Lalu ia pun masuk ke dalam Gua tersebut bersama-sama Pedang Saljinya. Tetapi apa kan daya dia akhirnya telah terperangkap disitu. Untuk mengelakkan daripada Pedang Slji terperangkap bersamanya dia telah mencampak keluar Pedang Saljinya. Din Shui juga telah masuk kedalam Gua tersebut dan lenyap dengan begitu sahaja. Nie Feng dan Penduga Arus telah tercampak ke dalam sungai dan akhirnya telah diselamatkan oleh Wira Utama.

Bermula daripada kejadian itu, Penjejak Badai telah berguru dengan Wira Utama dan telah dilantik sebagai Ketua Dewan Badai.

Oleh kerana terlalu percaya kepada tilikan nujum sakti yang berbunyi = Naga Terkandas Di Air Yang Dangkal Apabila Badai Bertemu Dengan Awan , Wira Utama telah mengambil keputusan untuk melagakan ketiga-tiga pengikutnya iaitu Penjejak Badai, Penjejak Awan dan Chin Shang.

Penjejak Badai telah menyembunyikan diri di sebuah desa yang dikenali sebagai Desa Pheonix. Tetapi disitu dia telah diserang oleh Wira Utama. Badai telah berjaya melepaskan diri dengan bantuan orang -orang di desa tersebut. Kemudiannya dia telah pergi mencari Pedang Salji yang telah terjatuh kedalam sungai di Lok Shan. Semasa ia berada disitu, dia telah mendapat berita yang Wira Utama telah mengupah kumpulan Paus untuk menangkap Penjejak Awan dan dia juga mendapat tahu bahawa Penjejak Awan telah pergi ke Taman Pedang untuk mendapatkan Pedang Istimewa. Apabila Badai tiba disana pertempuran telah berlaku diantara Jaguh-Jaguh handalan bagi mendapatkan Pedang Istimewa. Penjejak Awan telah berjaya mencari Pedang Istimewa akan tetapi dia telah dihalang daripada meninggalkan Taman Pedang itu oleh Pedang Syaitan.

Penjejak Badai telah tampil untuk menolong Penjejak Awan bagi melepaskan diri daripada orang-orang yang mengepungnya. Bersama Penjejak Awan dan Badai ketika itu adalah anak murid Pendekar Tanpa Nama yang dikenali sebagai Pedang Fajar dan Chu-Chu serta hamba kepada Pedang Istimewa. Mereka melepaskan diri dengan dua buah perahu yang telah disediakan. Sesudah terlepas daripada Taman Pedang, Mereka telah bertemu dengan Wira Utama yang sememangnya sedang mencari-cari mereka berdua. Satu pertempuran hebat telah berlaku dimana diantara anak murid dan Gurunya. Pertempuran itu telah dimenangi oleh Penjejak Awan dan Penjejak Badai yang mana telah berjaya menewaskan Wira Utama dengan Kuasa Cantuman mereka yang dikenali sebagai Kuasa Cantuman Amithayus atau MahaKuasa. Tetapi Wira Utama telah berjaya melepaskan diri dan berundur.

Kemudian negeri China telah ditimpa satu malapetaka yang mana ia telah dicerobohi oleh Kuasa daripada Negeri Jepun. Bagi mempertahankan Nusanya daripada diceroboh Penjejak Badai Mengambil risiko untuk mempelajari Hikmat Hitam yang dikenali sebagai Hikmat Pedang Syaitan. Apabila Badai mempelajari hikmat ini dia telah tersesat akal tetapi dia telah berjaya menghapuskan Ateis Jati iaitu penceroboh daripada Jepun. Tetapi malang bagi Badai kerana dia telah ditawan oleh Tenno Jepun dan (Penceroboh daripada Jepun selepas Pencerobohan Ateis Jati) dan dikawal untuk diperalatkan bagi tujuan merampas Rangka Naga yang disimpan didalam Kubur Naga iaitu Kubur Maharaja Kuning.

Penjejak Badai telah berjaya merampas Rangka Naga tersebut dan terus menyebunyikan diri. Akhirnya dia telah ditemui oleh Dier Meng dan Raja Golok dan mereka telah membawa pulang Penjejak Badai ke Kampung Halaman Penjejak Badai. Manakala Maharaja China telah mengupah sebuah sekolah mempertahankan diri daripada negara Asing yang dikenali sebagai Sekolah Pantang Kalah untuk menangkap Penjejak Badai dan membawa pulang Rangka Naga. Manakala Penjejak Awan, Chin Shang, Din Shui dan Yan Wang telah dapat mengesan Penjejak Badai dan cuba untuk memberi perlindungan kepada Penjejak Badai.

Sekolah Pantang Kalah telah berjaya mengesan Penjejak Badai tetapi mendapat kesukaran untuk menangkap Penjejak Badai kerana mereka Penjejak Badai telah dikawal oleh Penjejak Awan yang mempunyai hikmat yang tiada tolok bandingnya lagi...

Cerita dia sampai sini dulu. Nanti kalau keluar lagi eden cito la lagi okey...



Jaguh Handalan Kepahlawanan China

WebRing next WebRing


This Malaysian Hebat WebRing site belongs to tanpanama@mailexcite.com.

Click for the
[Previous 5 Sites |Skip Previous |Previous |Next |Skip Next |Next 5 Sites |Random Site |List Sites]
Click here to join Malaysian HEBAT WebRing.